Dirgahayu Malaysia

Dirgahayu Malaysia

Assalamualaikum.....
Ogos tahun nie paling sepi aku rasa. Sepi disebabkan oleh betapa pemberitahuan atau promosi mengenai Bulan Kemerdekaan yang kurang aku rasa. Kebiasaannya, saban tahun promosi Bulan Kemerdekaan gah dengan pelbagai aktiviti. Mungkin, menjimatkan duit rakyat kot!?..... Sepatutnya tanpa promosi pun orang Malaysia sepatutnya meraikan bulan ini tanpa perlu dipaksa untuk merayakan bulan atau tarikh bertuah 31 Ogos. Nampak sangat semangat patriotik makin nipis di jiwa rakyat Malaysia.

Apa lagi anak muda zaman sekarang, aku mewakili generasi aku yang lahir awal 80an sendiri pun sekiranya ditanya mengenai kemerdekaan. Pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, adalah CUTI dan perbarisan Hari Kemerdekaan. Siapa yang patut disalahkan bila berlaku perkara seperti ini??? Mungkin sebab kita selalu disogokkan dengan hiburan berlebihan maka perkara-perkara seperti ini makin terhakis di fikiran kita. Pernah kita terfikir betapa susahnya orang dahulu mendapat kemerdekaan??? Bergolok gadai, bersusah payah menyabung nyawa mempertahankan negara.

Bila aku semak kembali sejarah Kemerdekaan Malaysia, tokoh-tokoh yang selalu dikenang adalah mereka yang berpaksikan UMNO sebagai pegangan. Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh dari parti lain?? seperti PAS dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) ataupun dari pihak Divisyen 10 (Majoriti berbangsa Melayu) Parti Komunis Malaya sendiri. Bukanlah aku mengagungkan perjuangan mereka ini. Cumanya fikiran nakal aku kekadang merasakan perjuangan mereka juga sama seperti UMNO pada masa itu. Membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah British. Cuma wadah perjuangan sahaja yang berbeza, disatu pihak mereka tidak mahu bersekongkol dengan pihak British sementara disatu pihak pula rela berkompromi dengan pihak British.

Sempena 51 tahun kemerdekaan Malaysia, sudah sampai masanya jasa-jasa mereka yang tidak tercatat dalam buku Sejarah Sekolah Menengah diiktiraf. Walaupun tidak melalui pemberian pangkat atau harta cukuplah sekadar menyedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang telah gugur.

Dirgahayu Malaysia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss