Hari ATM ke 75 - 16 September

Hari ATM ke 75 - 16 September

Dalam kita sibuk-sibuk menanti 16 September yang akan datang ni. Kita terlupa bahawa 16 September juga merupakan hari ATM yang ke 75. Seharusnya sebagai sebuah badan pelindung kepada Negara Malaysia yang dinaungi oleh SPB Yang Dipertuan Agong, ATM perlu bebas dari sebarang anasir luar dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Sebarang keputusan yang luar biasa yang dibuat ATM perlulah merujuk terlebih dahulu kepada SPB Yang Dipertuan Agong. Baginda tidak hanya merupakan ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, tetapi memainkan peranan penting mementukan hala tuju sesebuah kerajaan. Tanpa perkenan Baginda pasti kerajaan itu tidak akan tertubuh.
ATM yang kini diterajui Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Zainal seharusnya lebih matang bertepatan dengan usia ATM yang menjangkau ke 75 tahun. Fungsi ATM kita tidak hanya terbatas di dalam negara, kini ATM telah melangkau jauh di dunia. Bilamana tentera-tentera kita ditugaskan untuk menjaga keamanan dibawah panji PBB ke negara-negara yang bergolak . Seiring dengan kemajuan teknologi yang berkembang pesat ketika ini, ATM perlu sentiasa didalam keadaan siap siaga untuk menghadapi musuh yang kini dalam pelbagai bentuk. Jika masih di takuk lama, dengan mudah sahaja anasir-anasir luar menyerap masuk ke dalam negara.

Selamat Hari Lahir ATM!
Struktur baru Pafa

Struktur baru Pafa

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan mengambil alih kepemimpinan Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menjelang akhir tahun ini, sekali gus merombak struktur organisasi persatuan itu sebelum aksi Liga Malaysia membuka tirai pada 3 Januari depan.Serentak itu, Mohammad Nizar juga mengumumkan pelantikan Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, sebagai pengurus baru pasukan bola sepak Perak musim depan. Untuk rekod, Jamaluddin, 52, adalah salah seorang daripada lima lelaki termasuk seorang lagi Exco kerajaan Perak, yang dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, baru-baru ini, atas tuduhan menerima rasuah berhubung projek seluas 36 hektar di Seri Iskandar, Perak.Semua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Ketika ini, jawatan Presiden Pafa dipangku oleh Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan berikutan keputusan Kabinet melarang anggotanya memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan manakala Steve Darby dilantik pengurus merangkap jurulatih pasukan Seladang itu.
Mohammad Nizar berkata, beliau dijangka menyandang jawatan itu secara rasmi selepas mesyuarat agung Pafa yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan.“Selepas mengambil alih teraju kepemimpinan, kita akan buat penyusunan semula terutama daripada segi pelantikan jurulatih dan pemilihan pemain.“Kita akan cuba mencari pemain daripada kelab dalam negeri Perak yang handal untuk kita menjadikan Perak kembali semula menyinar dalam Liga Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Ipoh, semalam.Mohammad Nizar berkata, menerusi pengambilalihan pengurusan Pafa, beliau yakin masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu sebelum ini akan dapat diatasi secara beransur-ansur.Beliau berkata, kerajaan negeri sudah memberi peruntukan RM300,000 sebagai bantuan segera bulan lalu bagi menangani masalah kewangan yang semakin meruncing dalam Pafa.
Masih ada tiket kereta api untuk balik kampung hari raya

Masih ada tiket kereta api untuk balik kampung hari raya

KUALA LUMPUR: KTM Berhad mempunyai baki 22,597 tiket pelbagai kelas untuk kesemua sektor perjalanan bagi penumpang yang hendak pulang ke kampung untuk berhari raya. KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah menyediakan sebanyak 52,466 tiket bagi perjalanan antara 24 dan 30 September ini, dan sebanyak 29,869 tiket daripadanya telah habis dijual. “Tiket untuk perjalanan pulang ke Utara, Pantai Timur dan Selatan hampir kehabisan manakala tiket untuk perjalanan dari Utara, Pantai Timur dan Selatan menuju ke Kuala Lumpur atau Singapura masih banyak,” kata kenyataan itu.

Tiket yang habis untuk perjalanan sebelum Hari Raya ialah bagi Ekspres Rakyat Singapura-Butterworth pada 26 September dan 27 September, Ekspres Sinaran Kuala Lumpur-Butterworth (26-29 September) dan Ekspres Langkawi Kuala Lumpur-Padang Besar (25-30 September). Ekspres Timuran Singapura-Tumpat pula telah kehabisan tiket untuk 24-30 September, Ekspres Wau Kuala Lumpur-Tumpat (24-30 September), Ekspres Gading Mas Kuala Lumpur-Tumpat (25-30), Ekspres Lambaian Timur Singapura-Gemas (26-29 September) dan Ekspres Senandung Semalam Ipoh-Singapura (26 September).

“Bagi perjalanan selepas Hari Raya iaitu dari 1 hingga 7 Oktober, kami menyediakan 50,736 tiket pelbagai kelas untuk kesemua perjalanan dan 21,416 daripadanya telah habis dijual,” katanya.
Terdapat beberapa tren telah kehabisan tiket untuk perjalanan selepas Hari Raya antaranya Ekspres Rakyat Butterworth-Singapura (kehabisan tiket untuk 5 Oktober), Ekspres Sinaran Butterworth-Kuala Lumpur (4-5 Oktober), Ekspres Langkawi Padang Besar-Kuala Lumpur (4-6 Oktober), Ekspres Timuran Tumpat-Singapura (3-7 Oktober), Ekspres Wau Tumpat-Kuala Lumpur (3-7 Oktober), Ekspres Gading Mas Tumpat-Kuala Lumpur (4-6 Oktober) dan Ekspres Lambaian Timur Gemas-Singapura (4-5 Oktober).

Tiket-tiket tambahan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan penumpang dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk mendapatkan tiket. Penumpang boleh membeli tiket di kaunter-kaunter KTM Antarabandar seluruh negara, membuat tempahan melalui Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 dari 7 pagi hingga 10 malam atau membeli tiket secara online di www.ktmb.com.my. - Bernama

Teringat zaman2 belajo kat Segamat dulu. Asal cuti panjang terutamanya Cuti Raya mesti berebut beli tiket. Aku selalu pilih balik naik keretapi, sebab luas dan boleh 'lepak-lepak' dengan kawan-kawan aku. Kalau naik bas, faham-faham je la. Dengan 'seat' yang terhad, yang nak balik pun ramai. Lagi la berebut. Bila tiket habis, mulala ramai balik naik bas 'sangkut-sangkut' Dari Segamat pegi Melaka, dari Melaka cuba cari tiket ke KL, kalau tak dapat cuba ke Seremban. Kemudian dari Seremban naik KTM Komuter. Selagi tak jejak kaki kat kampung selagi tu lah perjuangan tak selesai lagi. Ermmm, seronok zaman-zaman belajar dulu. Kalaulah masa boleh diundur.............
Bonus RM1,000.00 atau sebulan gaji...

Bonus RM1,000.00 atau sebulan gaji...

Bajet (Belanjawan lagi baik!) 2009 telahpun selamat dibentangkan di Parlimen hampir 2 minggu. Diantara yang paling ditunggu-tunggu kakitangan awam adalah berkaitan dengan bonus. Setelah tidak merasa bonus tahun 2007 yang lepas disebabkan oleh pelarasan dan kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan pada setengah tahun 2007.

Walaupun CUEPACS meminta kerajaan untuk mempertimbangkan supaya memberi bonus kepada kakitangan awam sebanyak RM2,000.00 dan Elaun COLA diselaraskan kepada RM500.00 setiap orang. Tetapi setelah dihitung, dicongak, ditambah dan ditolak, kerajaan hanya berminat untuk memberi bonus sebanyak RM1,000.00 untuk mereka yang gaji pokok dibawah RM1,000.00 dan sebulan gaji untuk mereka yang berpendapatan RM1,000.00 keatas. Bonus ini nanti akan diberi pada bulan September dan Disember. Maksudnya dibayar sebanyak 2 kali.

Agak-agaknya la, dengan RM1,000.00 yang diberi kepada kakitangan awam yang berpendapatan kurang RM1,000.00 ni mencukupi atau tidak. Jika sebuah keluarga itu mempunyai dalam 6 -7 orang anak. Cukup ke untuk menampung perbelanjaan Hari Raya dan Sessi baru persekolahan?. Kalau Pegawai yang gaji pokok dalam lingkungan RM2,000.00 rasanya, Insyallah tiada masalah. Kasihan bila memikirkan mereka-mereka yang berpendapatan dibawah RM1,000.00 ditambah dengan tanggungan yang ramai. Jika seorang anakpun perbelanjaan untuk ke sekolah kita ambil minimum RM100.00, 6 orang pun sudah RM600.00. Itu jika perbelanjaannya hanya RM100.00. Tetapi dengan harga barangan yang meningkat hari ini dan akan terus meningkat selepas ini. Rasanya RM100.00 terlalu kecil untuk persediaan anak-anak mereka.

Bagi aku, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan CUEPACS tempohari. TIdak salah mengambil hati kakitangan awam yang berkerja demi untuk Negara. Fikir-fikirkan lah.
31 Ogos atau 16 September???

31 Ogos atau 16 September???

31 Ogos 1957 Hari Kemerdekaan Tanah Melayu, 16 September 1963 Hari Penubuhan Malaysia. Orang Semenanjung boleh berkata 31 Ogos lah yang sepatutnya kita raikan kerana kita bebas dari penjajahan British ( Bebas ke?) sementara kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak pula pasti berkata sepatutnya 16 September lah yang patut dirai kerana merupakan hari Penubuhan Malaysia dan tarikh penyertaan mereka ke dalam gagasan ini dan pada 31 Ogos 1957 mereka masih lagi dibawah belenggu penjajah. Salah siapa bila hanya satu tarikh sahaja yang kita ingati sementara yang satu lagi tarikh hanya sekadar hari biasa. Salah Pemerintah kah? Salah kita kah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss