Big Bad Wolf Books Sale di Ipoh



Ok.... kita lupakan sekejap kehangatan raya yang bakal tiba tak lama lagi....
Promo awok kali ini untuk ulat-ulat buku ataupun yang memang 'kaki' buku....
kali ini acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai kaki buku ini menjengah ke Bandaraya Ipoh......
Big Bad Wolf Book Sale acara jualan mega buku, novel, majalah, makalah dan semua perkara berkaitan dengan buku ....
ramai yang dah familiar dengan Big Bad Wolf Book Sale ni...
inilah masanya dimana kita boleh mendapatkan buku dengan harga yang murah ...
dan yang penting buku-bukunya berkualiti.....
acara ini telahpun bermula hari ini 24 Julai 2014 sehingga 29 Julai 2014...
raya..raya pun kita boleh pergi beli buku lagi kome oooiiii...
berita baiknya untuk pelajar pula.....
baucer Buku 1Malaysia diterima untuk pembelian yang kome akan buat nanti...
untuk keterangan lanjut kome boleh lungsuri laman web deme dialamat :- http://bigbadwolfbooks.com/2014/ipoh/

dan lokasi Big Bad Wolf Book Sale 2014 di Ipoh adalah seperti berikut:-

PHL Convention Centre,
169 Hala Perusahaan Menglembu 13,
Kawasan Perindustrian Menglembu 13, 31450 Ipoh, Perak. 
GPS Coordinates: N 04 34.819' E101 02.298'


Tragedi MH17

Tragedi MH17




Belum lagi kita reda dengan kehilngan MH370 ...
kali ini kita dikejutkan pula dengan tragedi yang menimpa MH17......
diberitakan bahawa MH17 ditembak jatuh berhampiran dengan sempadan Russia - Ukraine...
betul-betul didalam kawasan puak pemisah pro- Russia....

Sedih rasanya.... tambah pula kejadian ni berlaku dalam bulan Ramadan....
ada yang membuat spekulasi mengatakan disebabkan sokongan kuat Malaysia kepada Palestin...
memungkinkan sebab MH17 ditembak jatuh...

ada juga yang percaya MH17 telah dihijack dan detour dari laluan asal....
disebabkan pihak berkuasa penerbangan antarabangsa telah mengeluarkan amaran agar tidak melalui laluan udara Ukraine untuk seketika....



apapun sebab dan alasannya...
perkara dah pun berlaku....
dan sekiranya betul MH17 ditembak...
awok berharap agar pihak yang bertanggungjawab ditangkap dengan segera....
dan kita berharap agar roh mereka ditempatkan dalam golongan orang beriman.....
Amin....
ohyea..... jangan kita lupakan MH370 yang masih misteri sehingga kini....

P/S: Teringat kata-kata Kapten Nik pagi tadi..... 2 tragedi dalam setahun... apalah dosa MAS?!
#NAKRAYEDAHKITE PORT BAAZAR 2014

#NAKRAYEDAHKITE PORT BAAZAR 2014





PORT @ Koloni Karyawan Amajaya @Place of Remarkable Talent ni....
sejak2 bertuko pengurusannya meriah betoi kalendar acara deme....
terbaru ......  #NAKRAYEDAHKITE @ P.O.R.T Ipoh.......

Insyallah akan diadakan pada 24 - 27 Julai 2014 ...
bertempat di PORT, Jalan Tiger Lane ....
antara aktiviti yang kome tengok kat flyers ni adalah ialah Lokal Clothing.....
jangan tertipu Lokal Clothing ni sebenonye dimana deme menjuei produk2 keluaran peniaga yang ada di Bazaar tu nanti.. terutamanya baju.....
dan banyak lagi aktiviti/program yang akan dilaksanakan disini.....

pada awok...
apa sahaja aktiviti yang baik...
tak menjerumuskan kita ke perkara negatif... kita patut sokong....
walopon PORT merupakan tempat dimana mereka yang berkait dengan seni berkumpul...
tapi dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat dapat mendekati PORT....
apalagi.... pada yang ada di Ipoh pada 24 - 27 Julai 2014 moh le sama2 kita memeriahkan acara ni...
oh yeeee.... pada yang berminat nak berniaga pada masa ni....
jangan malu-malu ...jangan segan-segan hubungi nombor yang tertera....
019-555 4777

P/S: tak sabo pulak nak tunggu Wanggey Fest pulak!!!... ada ke??? ahaksss...

Felda MTB Jamboree 2014

Felda MTB Jamboree 2014



Ok.. macam biasa....
bulan2 puasa ni ....
idea nak menulis.... blogwalking..... kurang sikit....
jadinya....awok nak promosikan program Basikal/Mountain Bike yang bakal berlangsung nanti...

Felda dengan kerjasama Majlis Belia Felda Trolak akan menganjurkan Felda MTB Jamboree pada 6 September 2014 ...
buat julung-julung kalinya.... Felda Residence Hotsprings dipilih sebagai tempat kejohanan ini berlangsung ... sebagaimana yang semua orang tahu.... Felda Residence Hotsprings terkenal dengan kolam air panas nya.....

seperti yang tertera di flyers kejohanan diatas...... 
ada 2 kategori yang dipertandingkan...
kategori terbuka dan tertutup....
kategori tertutup dikhaskan kepada anak felda dan yuran penyertaan sebanyak RM20.00 dikenakan sementara tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Ogos 2014 ....
sementara kategori terbuka, yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 dan tarikh tutup penyertaannya adalah pada 31 Julai 2014.....


Untuk maklumat lanjut kome boleh hubungi nombor dan detail yang tertera dibawah


Company      :   Red Adventure Sdn. Bhd. 

Address         :   142-2A, Jalan 1, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, Selangor

Tel                  :  +6013 303 6596 (Farah) 
                         
Fax                 :   +603 6186 9020

Event Email  :   myredadventure@gmail.com

Website         :   www.redadventure.com.my

Facebook      :   http://www.facebook.com/redadventure09

Jejak Masjid Perak 2014 / Perak Mosque Trail 2014




Macam yang awok pernah war-warkan sebelum ini....
Program Jejak Masjid Perak 2014 merupakan inisiatif  Tourism Malaysia Perak, Tourism Perak Management Berhad & Port Koloni Karyawan Amanjaya  dan telah dirasmikan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Perak pada 3 Julai 2014 yang lalu......

bila dah nama Jejak Masjid ....
pastilah ada trail masjid-masjid yang akan kita lawati dan kita imarahkan..
dibawah ini awok sertakan jadual perjalanan/lawatan ke 7 buah masjid yang telah dipilih...
apa yang awok tau...
masjid-masjid ini dipilih berdasarkan keunikan serta nilai sejarah yang ada pada masjid-masjid tersebut........
ada masjid yang dipilih telahpun berusia lebih dari 100 tahun.....

1. Masjid Pakistani, Ipoh - 11/07/2014
2. Masjid Muhammadiah / Masjid Cina - 18/07/2014 (3.00 - 4.00 ptg)
3. Masjid Sultan Idris Shah  II / Masjid Negeri - 18/07/2014 (5.00 - 6.00 ptg)
4. Masjid India Muslim, Ipoh - 19 Julai 2014 (3.00 - 5.00 ptg)
5. Masjid Dato Panglima Kinta, Ipoh - 19 Julai 2014 (5.00 - 7.00 ptg)
6. Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar - 22 Julai 1014 (10.00 pagi - 12.00 tgh)
7. Masjid Kg Paloh, Ipoh - 23 Julai 2014 (4.00 - 5.00 ptg)

moh kome....ramei2 kita memeriah dan mengimarahkan Masjid!!!!!!!
Program Kucing Angkat

Program Kucing Angkat


Oh yeee...
Entri ni takde kena mengena dengan aktiviti pelancongan....
tapi atas dasar perikemanusiaan awok nak promosikan program ini...
dan kebetulan.... program berlangsung hari ini.... dari jam 9.30 pagi - 1.00 petang
Program Kucing Angkat ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh dan ISPCA ...
Ipoh Society for the Prevention of Cruelty to Animals ......
pada yang suka kucing....ambik peluang ni...
binatang kesayangan Rasulullah S.A.W ni...
bila lagi nak tambah pahala ye dak???
tambah2 pulak bulan puasa  ni!!!

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak


Kg Dew, Taiping

Alhamdulillah....
Hari Sabtu yang lepas (12/7/2014) ...
awok berkesempatan menyertai Majlis Bebuka Puasa Anjuran Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak, (Kelip-Kelip Kg Dew)...
majlis yang julung2 kali diadakan ini meraikan anak2 yatim dari kawasan Ulu Sepetang, Taman Berkat Simpang dan dari Kg Dew Seberang......

Dua orang kuat program ni... Encik Shukor dari Kelip-Kelip Kg Dew ...
dan Encik Zuk Yusuf dari Zuk Travel & Tours Sdn Bhd


Kalo diikutkan pada itenarary yang awok ada...

2.00 petang : Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
4.00 petang : Agihan Bubur Lambuk kepada orang ramai
5.30 petang : Agihan Bubur Lambuk di Tol Kamunting
7.00 petang : Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah di Jeti, Solat Isyak dan Terawih Berjemaah di Masjid Kg Dew



Apa yang awok suka...
sikap kerjasama dan tolong menolong masyarakat setempat..
tanpa ada imbuhan.... deme tak berkira...
apalagi program ini meraikan anak2 yatim....
deme tak berat tulang.... dan selagi ada kemampuan....
Insyallah deme ada......

Sesi bungkus-membungkus ....
bergotong royong membawa berkat...




Sebaik sahaja agihan bubur lambuk dibuat kepada orang ramai....
terutamanya kepada penduduk setempat....
kami bergerak ke Tol Kamunting untuk agihan bubur lambuk kepada kereta yang keluar masuk di Tol tersebut....
walopon penat...ditambah cuaca yang agak panas...
tapi demi kerja-kerja kebajikan...Alhamdulillah.... panas pun tak terasa sangat....




Encik Shukor menyerahkan bubur lambuk kepada mereka yang melewati tol Kamunting...

Bila dah buat kerja-kerja amal ni....
rezeki datang tak disangka2....
tak tau dari mana ada yang menyedekah buah durian ni...
isinya??? perghhhhh.... meleleh ayo lio kalo cerita sekarang ni....

Imam yang didatangkan khas dari Masjid Kg Dew ....
Sebelum berbuka puasa.... Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa selamat.....

Antara anak2 yatim yang terlibat....
princess tuuuuu.....



apa yang menariknya....
anak2 yatim ini dibawa menyusuri Sungai Sepetang untuk melihat Kelip-Kelip yang ada disini ....
walopon anak2 yatim ini semuanya dari kawasan yang berhampiran....
tapi tak semuanya berkesempatan melihat Keli-Kelip disini.....
kesian pulak awok dengo nye.....
walopon pada malam tu bulan penuh...
tapi Kelip-Kelip masih dapat dilihat....






Selain itu, anak2 yatim yang diraikan juga diberi sedikit duit raya...
walopom tak semewah seperti NGO2 lain...
tapi sekurangnya dapat mengembirakan anak2 yatim yang hadir....
suka awok nak maklumkan...
dengan bajet yang sedikit.....
pihak Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak (KECAP) (Kelip-Kelip Kg Dew) berjaya menganjurkan majlis yang pada awok meriah...
yang penting anak2 yatim yang diraikan seronok....






SMKA Kerian kalo tak salah awok.....
satu-satu nya sekolah di Malaysia yang dipilih oleh Toyota untuk projek Green Nature deme...
deme memilih topik sampah di sungai sebagai projek deme.....

Penutup malam tu......
Signature Dish Jeti Kelip2 Kg Dew ..
MEE KETAM...

Penerbangan Domestik JB - Ipoh oleh Firefly

Penerbangan Domestik JB - Ipoh oleh Firefly




Firefly Perkenal Penerbangan Domestik JB-ipoh Bermula 15 Sept Ini

JOHOR BAHARU, 11 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah Firefly Bhd bakal memulakan penerbangan domestik ke destinasi baru, Johor Bahru ke Ipoh bermula 15 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ignatius Ong berkata penerbangan dalam negeri ini adalah yang ketiga dari Johor Bahru, selain penerbangan domestik dari Johor Bahru ke Subang dan Johor Bahru ke Kota Bharu.

"Penerbangan Johor Bahru-Ipoh pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad iaitu sebanyak empat penerbangan dalam seminggu terus ke Ipoh," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran penerbangan itu sempena pameran Malaysia International Travel Mart (MITM) 2014 di sini Jumaat.

Ong berkata sejak tempahan dibuka pada bulan lepas, sebanyak 45 peratus tiket sudahpun ditempah bagi penerbangan pertama pada 15 September.

"Kita memilih Ipoh kerana perjalanan yang lebih singkat dari Johor Bahru iaitu mengambil masa sejam 25 minit sahaja bagi perjalanan sehala. Pada masa ini, kita memang ada penerbangan luar negara ke Ipoh iaitu daripada Singapura," katanya.

Menurutnya, tambang yang dikenakan kepada penumpang adalah serendah RM69 sehala termasuk tambang dan cukai penerbangan.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong dan Pengarah Tourism Malaysia Johor Edzuar Zar Ayob Azari.



-- BERNAMA

Berita gembira untuk semua!!!!
Ulangtahun Kedua Pengiktirafan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia 2014

Ulangtahun Kedua Pengiktirafan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia 2014


Karnival Lenggong 2013 <-- ini cerita tahun lepas....
Tahun ini... Insyallah ... Bersempena dengan bulan Ramadan...
Majlis Perasmian akan dibuat bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa (err... orang sekarang sebut Iftar)....
pada 16 Julai 2014 bertempat di Masjid Jamek Lenggong....
pada yang berada berhampiran ato berkesempatan moh kite...
memeriahkan majlis....Insyallah akan dibuat bersekali dengan Solat Terawih Berjemaah...

Gambo Kenangan Tahun Lepas Perasmian Karnival Lenggong 2013...
Masa ni Tuanku masih bergelar Raja Muda @ Pemangku Sultan...
Kini DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Maghfurlah.

Cuti-Cuti 1Malaysia Bike Ride @ Padang Rengas 2014

Cuti-Cuti 1Malaysia Bike Ride @ Padang Rengas 2014



Kome ingat tak entri2 awok berkaitan dengan Padang Rengas sebelum ni???.....
Kesemua entri awok berkaitan dengan Padang Rengas keluo pada bulan Februari 2014 yang lalu....
Antara entrinya adalah seperti berikut....

Laksa Kuala Kangsar
IKS di Padang Rengas
Madu Kelulut
Jambatan Sultan Iskandar / Victoria Bridge
Terowong Gelap Padang Rengas
Lata Berala Padang Rengas
Rumah Kutai
Produk Pelancongan Padang Rengas

Tapi bukan itu yang awok nak cerita...
Sebelum bulan puasa baru2 ni...
Opis awok ada terlibat dengan satu program berbasikal di Padang Rengas....
Program yang dinamakan Cuti-Cuti 1Malaysia Bike Ride @ Padang Rengas 2014 telah berlangsung pada 21 Jun 2014 yang lalu....
Program yang julung2 kali dilaksanakan ini telah dibuat pelepasannya oleh YB Dato Nolee Ashilin Dato Mohamed Radzi ....
YB Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak......
dan ada antara tempat yang di entri awok diatas tu yang terpilih sebagai tempat perhentian/checkpoint utama sepanjang program CC1M Bike Ride @ Padang Rengas 2014 ni berlangsung.....

Upacara Pelepasan Peserta oleh YB Exco 

Konsep program ini adalah kayuhan santai dimana akan ada tempat/checkpoint yang group akan berhenti sebentar....

Antara Checkpoint yang terlibat adalah di Sawah Padi Kg Labu Kubong Homestay Lubuk Merbau
Upacara Penyerahan Plak di checkpoint 1 kepada Ketua Kampung Labu Kubong...
belakang deme tu sawah padi tu kome...

Penyerahan Plak di checkpoint 2 di Bengkel Pandai Besi, Kg Rambung ....

Perusahaan Pembuatan Pekasam Kg Tanah Merah
Penyerahan Plak di Bengkel Perusahaan Pembuatan Pekasam Kg Tanah Merah kepunyaan Puan Hanim

Penyerahan Plak di Checkpoint 4 di Perusahaan Laksa Kuala Kangsar di Kg Paya ...
Blogger Sobri Yaacob yang 'terpaksa' berkayuh ...kekeke

Blogger Eshamz Halim .... pun muka tawa dalam tangisan... ahakss....


Muka gembira selamat sampai 

Antara tujuan utama mengapa Program ini diadakan di Padang Rengas ...
adalah untuk memperkenalkan produk kampung yang dirasakan boleh diketengah untuk tujuan pelancongan
kita juga dapat menikmati suasana kampung yang aman .....
dan membangunkan produk berbasikal yang kini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat kita....

Uncle ni hebat.... walopon sebelah je kaki dia...
tapi tak ketinggalan sama2 berkayuh...
dan untuk makluman kome...
mana2 je ada program berbasikal di Perak...
confirm dia ada.....
P/S: Kome perasan tak?? takde sekeping pun gambo awok dalam entri awok kali ni...
sebabnya sepanjang program awok dok dalam trak 4x4 ... menangkap gambo ..
takpele... koje kan....

Untuk Entri berkaitan program Bike Ride ni dari pandangan blogger lain kome boleh ke link dibawah ni:-
www.shamphotography.com 
www.sobriyaacob.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss