Tuesday, September 9, 2008

Bonus RM1,000.00 atau sebulan gaji...

Bajet (Belanjawan lagi baik!) 2009 telahpun selamat dibentangkan di Parlimen hampir 2 minggu. Diantara yang paling ditunggu-tunggu kakitangan awam adalah berkaitan dengan bonus. Setelah tidak merasa bonus tahun 2007 yang lepas disebabkan oleh pelarasan dan kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan pada setengah tahun 2007.

Walaupun CUEPACS meminta kerajaan untuk mempertimbangkan supaya memberi bonus kepada kakitangan awam sebanyak RM2,000.00 dan Elaun COLA diselaraskan kepada RM500.00 setiap orang. Tetapi setelah dihitung, dicongak, ditambah dan ditolak, kerajaan hanya berminat untuk memberi bonus sebanyak RM1,000.00 untuk mereka yang gaji pokok dibawah RM1,000.00 dan sebulan gaji untuk mereka yang berpendapatan RM1,000.00 keatas. Bonus ini nanti akan diberi pada bulan September dan Disember. Maksudnya dibayar sebanyak 2 kali.

Agak-agaknya la, dengan RM1,000.00 yang diberi kepada kakitangan awam yang berpendapatan kurang RM1,000.00 ni mencukupi atau tidak. Jika sebuah keluarga itu mempunyai dalam 6 -7 orang anak. Cukup ke untuk menampung perbelanjaan Hari Raya dan Sessi baru persekolahan?. Kalau Pegawai yang gaji pokok dalam lingkungan RM2,000.00 rasanya, Insyallah tiada masalah. Kasihan bila memikirkan mereka-mereka yang berpendapatan dibawah RM1,000.00 ditambah dengan tanggungan yang ramai. Jika seorang anakpun perbelanjaan untuk ke sekolah kita ambil minimum RM100.00, 6 orang pun sudah RM600.00. Itu jika perbelanjaannya hanya RM100.00. Tetapi dengan harga barangan yang meningkat hari ini dan akan terus meningkat selepas ini. Rasanya RM100.00 terlalu kecil untuk persediaan anak-anak mereka.

Bagi aku, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan CUEPACS tempohari. TIdak salah mengambil hati kakitangan awam yang berkerja demi untuk Negara. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....