▼
Tuesday, October 26, 2010
Bulan Bahasa Kebangsaan
(Sebagai menghormati Bulan Bahasa Kebangsaan...
'Entri' ini akan menggunakan Bahasa Malaysia standard dan skema...
harap maklum)
Alahai....
macamana lah penulis tak tersedar langsung ....
yang bulan Oktober ni ....
Bulan Bahasa Kebangsaan....
dengan tema kali ini
1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara
dan yang menariknya lagi....
perasmiannya diadakan di Ipoh pada 5 Oktober 2010...
bertempat di Stadium Indera Mulia.....
padanlah ada 'bunting' Bulan Bahasa Kebangsaan di merata Ipoh baru-baru ni....
dan penulis hanya sedar bulan Oktober ini merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan agak terlambat.....
maklumlah bila disebut Bulan Bahasa Kebangsaan....
program akan berlangsung selama sebulan....
dan jikalau diikutkan logiknya....
31 Oktober ini merupakan tarikh akhir kepada program ini...
lambat sungguh lah penulis tersedar.....
maklumlah penulis jarang-jarang menonton televisyen.....
apalagi membaca akhbar perdana.....
akhbar secara atas talian pun penulis jarang membacanya.....
yang membuatkan penulis hampir tidak sedar akan kewujudan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kerana sepanjang bulan Oktober ini....
jarang-jarang kita mendengar program bertemakan Bahasa Kebangsaan dianjurkan....
bermaksud....pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan agak kurang kedengaran....
atau mungkinkah penulis sekali lagi 'tertinggal keretapi'?
atau mungkin juga banyak program yang dilangsungkan dengan sedikit publisiti diadakan???.....
tidak mengapalah..........
cumanya tema Bulan Bahasa Kebangsaan kali ini....
diharapkan bukanlah semata retorik dan sekadar tema penyedap Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja.....
P/S: Tepuk Dada Tanya Selera.....Jikalau Papan Tanda Iklan pun menggunakan Bahasa Inggeris....dimana lagi kedaulatan Bahasa Malaysia yang diwar-warkan tu???
bersama kita memartabatkan bahasa Malaysia...
ReplyDeleteselamat menyambut bulan bahasa
ReplyDeletekalau tak kite yang martabatkan bahasa kite sendighi....takkan nak sughuh oghang Indon kan???
ReplyDeleteselamat...selamat....encik sharinginfoz...tapi awok terlambat sebenonye nii
ReplyDeletechaiyok2 yop!
ReplyDeleteidup Ipoh kite...;)
Ipoh dah setat bizi lee....macam tak best pulakkk
ReplyDeleteabah dni ado lekat kat kete dia " kayonyo bahaso kito"
ReplyDeletehehehe
ehhhhh....memang kayo.....kalau tak kayo....manokan dapek 14 nogori.....lain-lain loghatnyo......
ReplyDeletebahasa itu jiwa sesuatu bangsa..err..teman komen main jamak je malam ni.. letih yeop... udoh la yak.. sambung esok la pulok hihihih
ReplyDeletebetoi tu Chor....bahasa Jiwa Bangsa,.... takde bahasa takde la identiti sesuatu bangsa....
ReplyDeletetakpe...chor...mike udah komen kat sini pun udah ok dah tuuu