Tuesday, June 7, 2011

Astro Pulak Selagheh Rege (Selaras Harga)

 Gambo ehsan pakcik gugel...

Sape2 yang ade pasang Astro kat ghumah (rumah) tu....
kome kene le bersiap sedie ye....
paseinye Astro secaghe (secara) ghesmi (rasmi) haghi (hari) ni udah umumkan....
bahawe mulai daghi (dari) 1 Julai 2011 ni....
rege (harga) pakej2 deme akan dinaikkan....

pandei Astro ye.....
gune perkataan selagheh (selaras) bukannye naik rege (harga).....
kalo gomen naikkan rege (harga) baghang (barang) disebabkan pengurangan (bace : rasionalisasi subsidi).....
Astro pulak subsidi ape yang deme bayo????

kalo bayo pun pade sape????
kalo pon caj perkhidmatan ape hak oghang (orang) yang ade Astro kat ghumah (rumah) kalo siaghan (siaran) terganggu mase hujan???
walopon sekejap, kite tak dapat perkhidmatan yang terbaik berdasarkan pade caj perkhidmatan yang Astro kene kan......

Ini le kome kalo sistem ekonomi berlandehkan (berlandaskan) sistem kapitalis......
yang kaye makin kaye....
golongan pekerje (working class people) macam kite ni memang teghase (terasa) sesangat le....
kalo golongan miskin jangan cakap le........

takpele kome.....kome bace le beghite (berita) 'gembire' ni kat bawah....
awok kopi pes (copy paste) daghi (dari) Berita Harian.....

ASTRO buat pelarasan khidmat
Oleh S Anand Kumar

2011/06/07

Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan

KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.
“Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.
“Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari.

“Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan ASTRO kini boleh menikmati nilai wang lebih baik dengan pelancaran ‘Super Packs’ yang direka khas bagi menawarkan pakej terbaik termasuk perkhidmatan Definisi-Tinggi (HD) dan Rakaman Video Peribadi (PVR).
Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman web, www.astro.com.my/mypackages atau emel ke inquiries@astro.com.my untuk mengetahui lebih lanjut harga yuran langganan baru serta pakej ditawarkan.

16 comments:

  1. naik le pula, kaya le pakcik astro

    ReplyDelete
  2. wah. tu ari da ada tax. lps tu selaras rega plak.
    Mmg kalo canel biasa elok, mmg takkan langgan astro ni, tp canel cam pehapa. Napak bintik2 penuh. Mebi sbb byk sgt bangunan tinggi. Jadi terpaksa amik astro.
    Igt nak tukar pakai HD masuk umah baru nati, tp kalo gini ghopanye pakai yg 37inggit tu udah ler. Haih.

    ReplyDelete
  3. udoh le.. ghentikan je la.. baik pakei siaran pree yeop.. bayo duit api aje.. hehehheh... my 2 cent yeop.. jgn amek ati... hehhehe

    ReplyDelete
  4. bayo aje le.. pilihan ditangan anda.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. kesimpulannya jangan langgan Astro dah
    ekekekekkeke

    Juvana Episod 7

    ReplyDelete
  6. dari dah astro ni sembeleh kita...

    ReplyDelete
  7. tak tahulah nak kata apa. yg pasti sbb dia takde pesaing lain. kata nak selaras harga lah kononnya~

    ReplyDelete
  8. lum tgk lagi pakej baru tu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yob, akak takde ASTRO he he!

    ReplyDelete
  10. dah kaya tambah kaya lagi la.,.

    ReplyDelete
  11. awok memang tak pakei astro..rugi sbb tak ndagap tibi mana..:)

    ReplyDelete
  12. dah lame x layan Astro..baca quran lagi baik :D

    ReplyDelete
  13. tergeliat mbaca "awok" punye bahasa. heh..

    Sya ada 2 kad astro selama ni. td terminate satu kad.kira nk cut cost la. iyalah bln dpn bil nya dh meningkat. tgk tv pun dah jarang sb asyik mgadap blog jer

    ReplyDelete
  14. teman idak pasang Astro...byk lagi leh pakai duit tu ke tempat lain...

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....