Wednesday, December 31, 2014

Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak


Entri ini adalah sticky post kerana Kuiz Pelancongan CC1M anjuran Tourism Malaysia Perak ini akan dilangsungkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014......



Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, sukacita dimaklumkan TOURISM MALAYSIA PERAK akan menganjurkan KUIZ PELANCONGAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA, “HAYATILAH 1MALAYSIAKU” BAGI RAKAN FB TOURISM MALAYSIA PERAK.

Soalan kuiz akan bermula pada hari ini iaitu 7 JULAI 2014 setiap Isnin dan Rabu setiap minggu. Soalan adalah berkisarkan pelancongan di dalam Malaysia.

Berikut adalah di antara terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Tourism Malaysia Perak :

1. Kakitangan Tourism Malaysia dan ahli keluarga tidak boleh menyertai.

2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan yang sah.

3. Mesti ‘liked’ Facebook Tourism Malaysia Perak.

4. Peserta hanya boleh menjawab satu soalan kuiz sahaja dan bagi yang telah memenangi kuiz tersebut tidak boleh menjawab soalan seterusnya.

5. Jawapan yang tepat dan komen yang terawal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Soalan kuiz adalah pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu.

7. Hadiah misteri dari Tourism Malaysia Perak menanti anda.

Jadi, nantikan soalan kuiz pertama pada hari ini pada bila-bila masa sahaja. Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Terima kasih pada semua rakan FB yang sentiasa menyokong Tourism Malaysia Perak amnya serta industri pelancongan di Malaysia.

Thursday, September 25, 2014

Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia Hayatilah 1Malaysiaku

Jangan tuko siaran....
kerana entri ini merupakan entri sticky post dan akan bersiaran sehingga 25 September 2014 nanti...

Terlambat pulak awok nak up kan entri berkaitan Kuzi Pelancongan Cuti-Cuti Malaysia ni....
yang sebenonye kuiz pelancongan ni dah pun mula bersiaran dari 5 Jun 2014 yang lalu...
dan seperti tahun2 yang sebelumnya...
kuiz ini disiarkan pada setiap hari Khamis jam 5.45 petang di Radio Malaysia PerakFM.......

pada yang berkesempatan dan menerima siaran Radio Malaysia Perak FM....
jangan segan-segan.... jangan malu-malu...
soalan nya mudah sangat...
dan hadiahnya pun boleh tahan juga lumayan nya...
yang pastinya hadiah adalah mengikut kepada agensi/produk pelancongan yang bersiaran pada hari tersebut....
apalagi.....
silalahhhhh....

P/S: Insyallah pejabat Tourism Malaysia Perak akan menganjurkan satu lagi kuiz pelancongan yang hanya eksklusif keluar di FB Tourism Malaysia Perak ........

Thursday, July 24, 2014

Big Bad Wolf Books Sale di Ipoh



Ok.... kita lupakan sekejap kehangatan raya yang bakal tiba tak lama lagi....
Promo awok kali ini untuk ulat-ulat buku ataupun yang memang 'kaki' buku....
kali ini acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai kaki buku ini menjengah ke Bandaraya Ipoh......
Big Bad Wolf Book Sale acara jualan mega buku, novel, majalah, makalah dan semua perkara berkaitan dengan buku ....
ramai yang dah familiar dengan Big Bad Wolf Book Sale ni...
inilah masanya dimana kita boleh mendapatkan buku dengan harga yang murah ...
dan yang penting buku-bukunya berkualiti.....
acara ini telahpun bermula hari ini 24 Julai 2014 sehingga 29 Julai 2014...
raya..raya pun kita boleh pergi beli buku lagi kome oooiiii...
berita baiknya untuk pelajar pula.....
baucer Buku 1Malaysia diterima untuk pembelian yang kome akan buat nanti...
untuk keterangan lanjut kome boleh lungsuri laman web deme dialamat :- http://bigbadwolfbooks.com/2014/ipoh/

dan lokasi Big Bad Wolf Book Sale 2014 di Ipoh adalah seperti berikut:-

PHL Convention Centre,
169 Hala Perusahaan Menglembu 13,
Kawasan Perindustrian Menglembu 13, 31450 Ipoh, Perak. 
GPS Coordinates: N 04 34.819' E101 02.298'


Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17




Belum lagi kita reda dengan kehilngan MH370 ...
kali ini kita dikejutkan pula dengan tragedi yang menimpa MH17......
diberitakan bahawa MH17 ditembak jatuh berhampiran dengan sempadan Russia - Ukraine...
betul-betul didalam kawasan puak pemisah pro- Russia....

Sedih rasanya.... tambah pula kejadian ni berlaku dalam bulan Ramadan....
ada yang membuat spekulasi mengatakan disebabkan sokongan kuat Malaysia kepada Palestin...
memungkinkan sebab MH17 ditembak jatuh...

ada juga yang percaya MH17 telah dihijack dan detour dari laluan asal....
disebabkan pihak berkuasa penerbangan antarabangsa telah mengeluarkan amaran agar tidak melalui laluan udara Ukraine untuk seketika....



apapun sebab dan alasannya...
perkara dah pun berlaku....
dan sekiranya betul MH17 ditembak...
awok berharap agar pihak yang bertanggungjawab ditangkap dengan segera....
dan kita berharap agar roh mereka ditempatkan dalam golongan orang beriman.....
Amin....
ohyea..... jangan kita lupakan MH370 yang masih misteri sehingga kini....

P/S: Teringat kata-kata Kapten Nik pagi tadi..... 2 tragedi dalam setahun... apalah dosa MAS?!

#NAKRAYEDAHKITE PORT BAAZAR 2014





PORT @ Koloni Karyawan Amajaya @Place of Remarkable Talent ni....
sejak2 bertuko pengurusannya meriah betoi kalendar acara deme....
terbaru ......  #NAKRAYEDAHKITE @ P.O.R.T Ipoh.......

Insyallah akan diadakan pada 24 - 27 Julai 2014 ...
bertempat di PORT, Jalan Tiger Lane ....
antara aktiviti yang kome tengok kat flyers ni adalah ialah Lokal Clothing.....
jangan tertipu Lokal Clothing ni sebenonye dimana deme menjuei produk2 keluaran peniaga yang ada di Bazaar tu nanti.. terutamanya baju.....
dan banyak lagi aktiviti/program yang akan dilaksanakan disini.....

pada awok...
apa sahaja aktiviti yang baik...
tak menjerumuskan kita ke perkara negatif... kita patut sokong....
walopon PORT merupakan tempat dimana mereka yang berkait dengan seni berkumpul...
tapi dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat dapat mendekati PORT....
apalagi.... pada yang ada di Ipoh pada 24 - 27 Julai 2014 moh le sama2 kita memeriahkan acara ni...
oh yeeee.... pada yang berminat nak berniaga pada masa ni....
jangan malu-malu ...jangan segan-segan hubungi nombor yang tertera....
019-555 4777

P/S: tak sabo pulak nak tunggu Wanggey Fest pulak!!!... ada ke??? ahaksss...

Felda MTB Jamboree 2014



Ok.. macam biasa....
bulan2 puasa ni ....
idea nak menulis.... blogwalking..... kurang sikit....
jadinya....awok nak promosikan program Basikal/Mountain Bike yang bakal berlangsung nanti...

Felda dengan kerjasama Majlis Belia Felda Trolak akan menganjurkan Felda MTB Jamboree pada 6 September 2014 ...
buat julung-julung kalinya.... Felda Residence Hotsprings dipilih sebagai tempat kejohanan ini berlangsung ... sebagaimana yang semua orang tahu.... Felda Residence Hotsprings terkenal dengan kolam air panas nya.....

seperti yang tertera di flyers kejohanan diatas...... 
ada 2 kategori yang dipertandingkan...
kategori terbuka dan tertutup....
kategori tertutup dikhaskan kepada anak felda dan yuran penyertaan sebanyak RM20.00 dikenakan sementara tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Ogos 2014 ....
sementara kategori terbuka, yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 dan tarikh tutup penyertaannya adalah pada 31 Julai 2014.....


Untuk maklumat lanjut kome boleh hubungi nombor dan detail yang tertera dibawah


Company      :   Red Adventure Sdn. Bhd. 

Address         :   142-2A, Jalan 1, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, Selangor

Tel                  :  +6013 303 6596 (Farah) 
                         
Fax                 :   +603 6186 9020

Event Email  :   myredadventure@gmail.com

Website         :   www.redadventure.com.my

Facebook      :   http://www.facebook.com/redadventure09

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal.com