Tahun Baru 1430 atau 2009?

Tahun Baru 1430 atau 2009?

Pertama sekali, selamat menyambut tahun baru. Secara kebetulan, kita menyambut 2 tahun baru yang berbeza dengan jarak waktu yang hampir. Tahun Baru Hijriah jatuh pada hari Isnin bersamaan 29 Disember 2009. Sementara tahun baru Masihi 2009 pula jatuh pada hari Khamis. Di antara kedua-dua hari tersebut, yang mana biasa menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang??......

Jika ditanya pada anak muda zaman ini, sudah pasti menyambut Tahun Baru 2009 lebih diingati. Lebih-lebih lagi ada acara menyambut tahun baru secara besar-besaran yang ditaja oleh syarikat-syarikat korporat di tempat terbuka. Yang menariknya acara dimulakan dengan konsert secara percuma bermula dari petang lagi. Dan pasti acara kemuncaknya, menanti jam berada di detik pukul 12.00 tengah malam.

Sementara Tahun Baru Hijriah 1430 pula, acara yang biasa diadakan adalah acara doa selamat. Senang cakap acara yang berkaitan ibadah. Lagipun, anak-anak muda Islam zaman sekarang ni lebih diajar dengan perkara-perkara yang melalai dan hiburan yang berlebihan. Jatuhlah standard menyambut tahun baru di Masjid. Nak tambah menarik lagi cerita ni, bila ibubapa turut sama berduyun-duyun mengheret dan menggalakkan anak-anak untuk menyambut kedatangan tahun baru di tempat terbuka. (Dataran, Kelab) Bagaimanalah anak-anak tidak tertarik dengan perkara-perkara yang melalaikan tadi?.......

Entah le. Tepuk dada tanya selera. Di mana kedudukan kita???
Kemalangan

Kemalangan

Ermmm.......... sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan aku di Ipoh. Selama itu juga la aku berulang alik dari KL ke Ipoh. Maklumlah isteri dan anak aku masih lagi di KL. Selama itu juga lah aku 'confirm' akan balik ke Ipoh pada Subuh Isnin. Aku akan bertolak dari KL pada pukul 5, dan selalunya aku akan terlajak sampai ke Ipoh pada jam 8.30 keatas. Nasib baik la bos dengan kawan-kawan di 'Opis' ni faham dengan situasi aku sekarang. Oh ye! ini cerita sebenarnya yang aku nak sampaikan.

Aku selalu terserempak dengan kemalangan-kemalangan yang pastinya membuatkan aku takut untuk memandu. Subuh ini sahaja ditambah dengan hujan sepanjang jalan dari KL ke Ipoh, 3 buah kemalangan aku lalui. (baca : Bukan aku yang kemalangan).

Kemalangan 1...
Sebuah kereta Estima keluar dari Exit Tg Malim arah ke Utara remuk teruk di bahagian depan (bahagian penumpang) dengan tayar kiri dan kanan (dry shaft patah kot) terkeluar dari tempat yang sepatutnya. Penumpang, hanya seorang lelaki Melayu yang aku nampak sedang berdiri sambil menelefon seseorang. Pihak Polis hanya menunggu di tepi jalan berdekatan Exit Tg Malim. Tow truck telahpun tiba dan sedang berusaha untuk menarik Estima tersebut.

Kemalangan 2...
Yang ini pelik sikit, sebab kereta ni terbabas ke gaung . Juga arah ke utara berdekatan dengan arah Behrang (Kalau aku tak silap la). Nasib penumpang tidak diketahui. Yang aku tahu, 'tow truck dah pun sampai.

Kemalangan 3...
Kemalangan yang melibat dua buah kereta (Waja dan Mercedes) berdekatan R & R Tapah Selatan. Kedua-dua buah kereta terbabas ke dalam longkang. Nasib pemandu juga tidak diketahui. Yang pasti selepas sahaja kemalangan berlaku 2 - 3 'tow truck' sudah pun tiba.

Moral cerita ini.
Cepat betul tow truck-two truck ni datang. Macam tau-tau je kemalangan nak berlaku kat kawasan-kawasan yang disebut tadi. Pelik bin Ajaib. Boleh ke kita kategorikan tow truck-tow truck ni proaktif?
Rompak bank secara maya

Rompak bank secara maya

AMAT menakutkan dan mengecewakan apabila wang yang banyak dalam akaun bank hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit gara-gara kegiatan jenayah siber melalui perbuatan jahat mereka bergelar 'phishing'.Mereka menggunakan kaedah menipu orang ramai dengan menghantar e-mel kononnya ingin memaklumkan kepada pemegang akaun agar memperbaharui akaun dengan mengesahkan e-mel dihantar.Kegiatan phishing ini mampu mengaburi mata orang ramai apatah lagi mereka menggunakan alamat e-mel seolah-olah ia dihantar dari pihak bank secara sah.Ia akan meminta pelanggan yang memiliki akaun memasukkan nombor akaun serta kata laluan atau mengklik alamat URL disediakan bagaikan transaksi biasa dilakukan melalui perbankan 'online'.

Namun tanpa disedari perbuatan itu mampu menyebabkan wang dalam akaun hilang sekelip mata tanpa pengguna mengesan ke mana wang itu dipindahkan.Bukan satu atau dua bank tempatan yang terbabit, malah hampir semua bank yang menyediakan perkhidmatan online tidak lari dari sasaran penipuan phishing apabila terdapat e-mel yang dihantar kepada pelanggan mereka Penyebaran e-mel sedemikian yang meminta pelanggan bank itu memberikan maklumat penting menerusi program mengemaskini maklumat pemalsuan akaun bank.E-mel yang disebar itu meminta pengguna memasukkan kata nama dan kata kunci akaun perbankan dalam talian bank atas alasan mengemas kini maklumat pelanggan bagi.

Malah terdapat satu lagi e-mel yang meminta pelanggan mengemaskini data peribadi atas alasan penukaran sistem keselamatan baru kononnya digelar PP20 bagi melindungi pelanggan.Bagi meyakinkan pengguna, perbuatan jahat ini diteruskan dengan penyertaan tandatangan bank terbabit di bahagian bawah e-mel.Sumber dalaman bank terbabit mengingatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan sebarang e-mel mencurigakan yang meminta mereka melayari URL tertentu dan meminta memasukkan maklumat penting seperti kata nama dan kata kunci.Katanya, tiada satu bank pun di Malaysia yang meminta pelanggan mereka membuat pengesahan akaun melalui penghantaran e-mel atas faktor keselamatan.

Selain itu, sumber bank terbabit mengesahkan e-mel itu seperti itu adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menceroboh maklumat penting pelanggannya.Beliau berkata, pelanggan perlu berhati-hati dengan e-mel mencurigakan sedemikian yang biasanya disebarkan atas tujuan mengemaskini maklumat pelanggan."Kami menegaskan bahawa bank tidak akan menghantar sebarang e-mel yang meminta pelanggan memberikan maklumat perbankan peribadi. Jika terima, terus abaikan," katanya.Malah, beliau menasihatkan pelanggan supaya tidak melayari URL yang terkandung dalam e-mel berkenaan, sebaliknya menaip alamat URL bank secara terus jika mahu mengakses laman web perbankan online.

Kegiatan phishing bukan perkara baru yang termasuk dalam kategori jenayah siber mengundang masalah di seluruh dunia.Dalam pengkomputeran, phishing disifatkan satu cubaan jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif melalui perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. Laman web e-Bay, PayPal serta perbankan online antara mangsa yang sering kali menjadi sasaran. Phishing selalunya dilakukan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu.Antara cubaan untuk mengatasi kejadian phishing yang semakin meningkat termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk pengguna, kesedaran umum, serta langkah teknikal yang dijalankan melalui kawalan keselamatan lebih ketat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri, berkata phishing adalah penipuan paling popular selain penipuan loteri, pelaburan Internet, pembohongan dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber."Pengguna internet perlu sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web, e-mel, sistem mesej segera, bilik bual atau pada papan mesej untuk mengelak daripada menjadi mangsa."Antara tindakan yang boleh diambil pengguna adalah dengan menggunakan perisian antivirus, antispyware dan firewall selain sentiasa memastikan perisian itu dikemaskinikan," katanya.

Dalam pada itu, syarikat kawalan keselamatan online, F-Secure menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan kegiatan phishing dengan mengambil 10 langkah asas bagi melindungi maklumat peribadi dari bocor di tangan pihak tidak bertanggungjawab.Pengurus Tindak Balas Keselamatannya, Chia Wing Fei, menggariskan 10 langkah bagi membendung kegiatan phishing termasuk:

1. Sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel mendakwa mereka dari pihak bank kerana bank tidak pernah menghantar e-mel kepada pelanggan.

2. Taip alamat URL bank secara manual dan bukannya dari pautan diberikan melalui e-mel phishing.

3. Lihat alamat https:// di ruang carian URL serta bentuk bumi di bahagian bawah ikon carian memastikan maklumat dihantar adalah selamat.

4. Semak ketulenan laman web dengan mengklik sebanyak dua kali ke atas ikon itu, ia akan memaklumkan sama ada laman web dikunjungi selamat atau tidak.

5. Untuk perbankan online, kebanyakan bank membekalkan mekanisme pengesahan seperti kod transaksi SMS atau kata laluan yang berlainan.

6. Pindah turun perlindungan online ke atas komputer anda dan kerap perbaharui maklumat.

7. Pindah turun perlindungan dengan menghidupkan 'firewall' dan sentiasa perbaharui perisian keselamatan untuk elakkan kecurian kata laluan.

8. Jangan gunakan komputer awam untuk lakukan transaksi kewangan.

9. Guna enjin carian alternatif seperti Firefox 3 atau Opera 9.5 yang memiliki ciri keselamatan lebih baik yang memberi amaran kepada pengguna mengenai laman web tidak meyakinkan.

10. Jika anda sudah termasuk dalam laman web berbentuk phishing, segera melaporkannya kepada pihak keselamatan supaya ia dapat dibendung.

Kegiatan phishing sememangnya lama bertapak namun ia masih berterusan dan menipu pengguna memandangkan kesedaran masih belum cukup terutama di kalangan mereka yang tidak memahami teknologi maklumat secara mendalam.Oleh itu, kita perlu mengambil langkah awal bagi mengelak kerugian dan kebocoran maklumat yang mungkin akan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari.

Artikel diatas diambil dari Harian Metro......
RAHSIA KHUSYUK SOLAT WAJIB

RAHSIA KHUSYUK SOLAT WAJIB

ENAM BELAS PERKARA ANTARANYA:-

01. Menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.

02. Membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin.

03. Jangan menahan buangan air besar atau air kecil sebaliknya hendaklah selesai dahulu hajat itu.

04. Mengambil wudu dengan sempurna supaya air merata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.

05. Memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.

06. Sentiasa solat diawal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau zikir).

07. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar atau warna-warni yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.

08. Banyak mengingatkan mati dan menganggap solat yang dilakukan itu adalah solat yang terakhir sekali dalam hidupnya.

09. Menyedari hakikat yang ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui segala rahsia hambanya.

10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah Yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.

11. Cuba memahami segala isi bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran dan segala zikir.

12. Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah an-Nas, selawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan ganggunan Syaitan.

13. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam solat.

14. Memastikan seluruh ingatan pada solat dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk
dan sujud.

15. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran solat.

16. Tidak memandang ke kiri dan ke kanan sebaliknya hendaklah memandang ke tempat sujud.
KUKU PANJANG & PAKAI CINCIN

KUKU PANJANG & PAKAI CINCIN

Sekarang ini ramai yang pakai cincin... tetapi ikut suka dia je.. sunnah Nabi jarang hendak ikut ..asal sedap memandang.....! katanya syok sendiri……..!

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun Hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun seperti juga gelang tangan yang dipakai oleh tidak semua lelaki walaupun ada tujuan perubatan memang dilarang memakainya kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang terutama wanita biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain . Apa ilmupun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan & mahu anak yang pandai & mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhamad SAW. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhamad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari antaranya:-

1] jari manis.
2] jari kelingking. (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah.
2] jari telunjuk.

Nabi Muhamad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk & jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi Muhamad SAW. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW senang je kita dapat kita pahala.
Bagaimana hilangkan marah.....

Bagaimana hilangkan marah.....

Artikel dibawah ini, bukan aku yang tulis............ aku copy paste dari email aku...... aku rasa menarik untuk dibaca

*************************************************************************************************************************
Bagaimana hilangkan MARAH? (untuk warga denmark dan seluruh warga dunia yg membencinya)Kasihan umat islam sekarang..berdoa ntahapapanthah!(termasuk aku kadang2)Ada yg mintak panjang umur…Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!Ada yg mintak nak makan banyak….aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 tan seharí korang tahu?Ada pulak yg mintak rumah besar…he he hekau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang 'ziarah'.Nampaknya manusia tak sedar yg mereka ni nak jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak payah baca…aku bukan ustaz, memang korang boleh hujah@pertikai apa yg aku kata nih…Ada pulak yg nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramaipun 4 jer…kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !Yang ni lain cerita pulak, belajar ugama supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku 'syorkan' jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yg doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik….argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang duduk dalam air…Tapi semua yg di atas tu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyat, aku nak cerita hari ini…org yg doa supaya Allah turunkan Bala kat org kafir, doa LAKNATkan org kapir..mereka dah lah mati masuk neraka, korang pulak doa cam tuh…kasihan..kasihan…

Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala?Selepas 980 tahun buat daqwah…,korang doa bala2 nih dah berapa lama daqwah kat org kapir tu?Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh tanya camne nak buat kapal, pokok takde? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pulak Allah bagi peluang kat org kapir ni untuk taubat korang pikir2kanlah…Allah perintahkan pulak Nabi nuh buat bikar@pasu@tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi nuh ambil masa siapkan pasu tu , maklumlah Allah suruh..bila Siap, bukan main cantik dan besar pasu tu…Lepas tu Allah perintahkan Nabi nuh pecahkan pasu tu! Terkejut Nabi nuh as…Allah buat perumpamaan lebih kurang..adakah aku cipta org kapir itu untuk dibinasakan?…Nabi Yunus a.s pulak,bila dia doa bala?Allah bagitahu buat daqwah lagi 40 hari , hari yg ke 40 Allah turunkan bala…pendek cerita hari ke 39 nabi Yunus dah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan,dicampak ke laut yg hitam pada malam yg gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan(ikan makan ikan)…pendek cerita lagi…dah ikan tu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari,Jadi korang semua…Adakah korang ingat Allah cipta org kapir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Org kapir duduk neraka tingkat ke-3, org yg berpura2 islam duduk neraka bawah sekali!(naudzubillah)Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kapir mati semua org islam berdosa tau!

Nabi bila ada mayat yahudi 'lalu' depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...Aku jika sempat tengok 'bersama-mu tv3', kalau org islam susah, aku takde hal, tapi kalau org bukan islam hidup susah dan merempat… kasihan, atas dunia dah macam tu, akhirat ? isk..isk…( mereka 'perwira' di medan derita-neraka-)

INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kapir….sekarang siapa yg terinaya:kita org islam ke atau mereka org kapir?mereka org bukan islam telah di zalimi oleh org islam kerana tak menyampaikan daqwah kepada mereka…sebab tu bila org islam perang dengan org kapir-org kapir menang-sebab mereka telah di zalimi-org islam tak daqwah mereka…Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan ada yg doa, "Ya Allah Laknatlah denmark, America, dll. Tapi bila perang Amarika-iraq, Amarika-afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yg tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong org islam? Ingat dalam sejarah islam kemenangan hanya apabila Allah menbantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak daqwah pada org kapir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak berperang dengan denmark, dah berapa lama buat daqwah kat mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku 'pedang Allah' agar sebelum berperang buat daqwah dulu, tapi orang kapir pulak yang asyik nak minta perang, tapi nak relax jer cakap baik baik dan mereka minta perang sampai dah banyak kali….,HA! Baru nabi perintah serang balik!!!Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaum (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…Aku tahu korang tengah marah, aku pun marah gak bila mereka lukis karekator Nabi sampai cam tuh…Tapi kalau nak marah, marahlah kerana Allah, bukan nafsu..Marahlah cara Nabi kita marah…Macamana?Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud)Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH….(Nabi ulang 3 kali)
"ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH"(hadith)Maknanya marah memang dah ada Cuma korang kena telan marah…!TAPI bila korang telan marah sahaja korang akan dapat penyakit2 lain..(pulak…)Org melayu ramai kes macam ni, bila marah, dia telan, siap senyum tu, tapi lama2@lama kelamaan datang penyakit baru iaitu AMUK!
Kes Hang Jebat!
Pasir Salak!
Sultan Mahmud mangkat di julang!

Bla la bla!Jadi bila korang dah telan marah korang kena buat dua perkara lagi iaitu:Maafkan dan bagi hadiah, amacam boleh?Aku ulangi:

3 CARA MENCEGAH MARAH:

1.Telan Marah
2.Maafkan.
3.Bagi Hadiah.
Apa! Korang ingat aku reka semua ini, ada dalam hadith tau!

Cerita 1:
Bila Nabi lihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kapir macam tu juga….Tapi Allah tegur… "maafkan lebih baik".(((Ha! Untuk org yg bergaduh, bila aku mintak maaf, tak nak maaf, bila aku cakap:"lagikan Nabi ampunkan umat", korang siap jawab;""Itu Nabi, nabi lain, taraf dia tinggi"Woi manusia!, (aik? Marah nampak)Nabi yang takde dosapun nak lebih baik, nak maafkan, apatah lagi korang yang bergelumang dengan dosa!(termasuk aku), jadi:maafkanlah aku wahai kawan,maafkan aku wahai mahluk tuhan…Arghh! Korang jawab pulak Kalau semua kesalahan boleh di maafkan hanya dengan ucapan maaf,APA GUNANYA BALAI POLIS?Lantak engkau lah!, kau tak nak sorry aku naik lorry…)))

Sambung balik, Apa Nabi buat?
1. Nabi Telan marah….(semua dari Allah)
2. Nabi maafkan Hindun yg buat kerja2 tuh?
3. Nabi bagi hadiah kepada hindun berupa doa hidayat…
Akhirnya Hindun masuk islam dan pembunuh Hamzah r.a. juga masuk islam.Hindun yg pernah bersumpah tak nak masuk islam cakap: Bukan aku yg masuk islam tapi islam yg telah masuk ke dalam aku…(Subha naAllah)

Cerita 2.
Nabi di baling batu di taif..........Apa Nabi buat.
1. Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah2)
2. Nabi maafkan org Taif(Malaikat offer nak datangkan bala-Nabi tolak)
3. Nabi bagi hadiah berupa doa hidayat…dan akhirnya anak org2 taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah daqwah ke Asia..(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)

Cerita 3.
Seorang sahabat kematian anaknya akibat hamba sahayanya dengan tidak sengaja telah tertumpah air panas. Lihat apa sahabat buat:
1. Sahabat telan marah(pada mulanya dia memang nak marah, tapi bila dia lihat hamba dia menangis dan berkata"maafkan hamba, tidak sengaja" maka dia tahu semua ini adalah dari Allah.
2. Sahabat maafkan Hambanya.
3. Sahabat bagi hadiah iaitu kebebasan…
Di beritakan Sejak sahabat2 Nabi amalkan hadith ini, bilangan hamba2 semakin berkurang dan akhirnya tiada terus….

Cerita 4.
Seorang hamba Allah telah lakukan banyak kesalahan dan Hamba Allah ini hanya ada iman sebesar zarah.
1. Allah hilang Murka bila hamba ni bertaubat(walaupun dalam neraka)
2. Allah ampunkan dosa dia
3. Allah bagi hadiah iaitu shurga….(yg luasnya 10 X dunia! Punya besar)

Cerita 5
(bukan hadith tapi cerita mamat)Hye mamat (rasanya semua dah kenal kan dengan mamat ni)Isteri mamat baru saje mandikan anak, sementara dia mengambil kelengkapan bayi , dia bermain dengan anaknya(bukan bergurau antara pusat dan lutut!).tiba2 anak mamat pancut air kencingnya ke muka mamat! Mari kita lihat apa mamat buat:
1. Mamat telan marah(bukan telan air kencing hmmm ape ni rasa masin2..isk..)
2. Mamat maafkan dia (alah…bebudak)3. Mamat bagi hadiah iaitu pampers dan susu dan dodoikan dia tidur dengan menyanyi beberapa buah lagu…(kira hadiahlah sebab pampers dan susu Mamat beli kat Giant: peneraju harga terendah he
3)Korang tak setuju?Korang tak nak bagi hadiah?Kalau tak nak bagi hadiah janganlah marah! :)

Banyak lagilah cerita2 yg korang dan aku boleh ambil iktibar, kalau korang ingat masa Nabi dan para sahabat nak gi Haji tapi org kapir sekat tak bagi masuk dan buat perjanjian 'hudaibiah'….lepas tu bila tanda tangan mereka org kapir tak nak tulis perkatatan Pesuruh Allah yg membuatkan sahabat meradang, tapi Nabi 'kool'…lepas tu Nabi suruh sahabat patah balik, korang bayangkanlah jalan kaki dari johor bharu ke KL lepas tu kena patah balik, tapi nabi 'kool'…bila Nabi botakkan kepala, barulah sahabat2 faham kesungguhan Nabi dan mereka2 yakni para sahabat telah mencukur rambut mereka sampai berdarah2 kerana menahan marah….telan marah…maafkan….dan perjanjian itu telah di anggap 'hadiah' oleh org kapir..macam berat sebelah, tapi Allah Maha Mengetahui…

Antara perjanjian itu adalah:
Gencatan senjata.
Tidak boleh berperang, maka barulah org islam dapat bergaul bebas ngan org kapir,
Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdaqwah di Mekah 313 org je yg ikut gi perang badar, lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 10 ribu sahabat nak pergi haji…tapi lepas perjanjian tu beberapa tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 124 ribu org…kenapa?Kerana akhlak orang islam bagus-bagus, org kapir datang madinah terus terkesan…tapi hari ini, akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan…Org kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam org islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan!
Doa laknat merata2…Org kapir takut org islam hampir pada mereka, takut kat badan org islam ada BOM!Penutup..Ya Allah berilah Hidayat pada Denmark, Amerika..dll

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca entry nih…
Ya Allah berilah Hidayat pada org yg menghina Nabi
Ya Allah berilah Hidayat pada org yg laknat mereka yg menghina Nabi
Ya Allah berilah Hidayat pada Seluruh umat islam yang masih hidup.Kekalkanlah aku dan umat semua dalam hidayat..Jadikan aku dan umat semua asbab hidayatAmin…

Ps: Bertaubatlah sebelum menjadi mayat…kalau korang marah kat aku pasal tulis entry ini, korang kena telan marah, lepas tu maafkan aku dan yg paling best:
KORANG KENALAH BAGI HADIAH HE HE HE...
Hari ATM ke 75 - 16 September

Hari ATM ke 75 - 16 September

Dalam kita sibuk-sibuk menanti 16 September yang akan datang ni. Kita terlupa bahawa 16 September juga merupakan hari ATM yang ke 75. Seharusnya sebagai sebuah badan pelindung kepada Negara Malaysia yang dinaungi oleh SPB Yang Dipertuan Agong, ATM perlu bebas dari sebarang anasir luar dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Sebarang keputusan yang luar biasa yang dibuat ATM perlulah merujuk terlebih dahulu kepada SPB Yang Dipertuan Agong. Baginda tidak hanya merupakan ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, tetapi memainkan peranan penting mementukan hala tuju sesebuah kerajaan. Tanpa perkenan Baginda pasti kerajaan itu tidak akan tertubuh.
ATM yang kini diterajui Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Zainal seharusnya lebih matang bertepatan dengan usia ATM yang menjangkau ke 75 tahun. Fungsi ATM kita tidak hanya terbatas di dalam negara, kini ATM telah melangkau jauh di dunia. Bilamana tentera-tentera kita ditugaskan untuk menjaga keamanan dibawah panji PBB ke negara-negara yang bergolak . Seiring dengan kemajuan teknologi yang berkembang pesat ketika ini, ATM perlu sentiasa didalam keadaan siap siaga untuk menghadapi musuh yang kini dalam pelbagai bentuk. Jika masih di takuk lama, dengan mudah sahaja anasir-anasir luar menyerap masuk ke dalam negara.

Selamat Hari Lahir ATM!
Struktur baru Pafa

Struktur baru Pafa

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan mengambil alih kepemimpinan Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menjelang akhir tahun ini, sekali gus merombak struktur organisasi persatuan itu sebelum aksi Liga Malaysia membuka tirai pada 3 Januari depan.Serentak itu, Mohammad Nizar juga mengumumkan pelantikan Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, sebagai pengurus baru pasukan bola sepak Perak musim depan. Untuk rekod, Jamaluddin, 52, adalah salah seorang daripada lima lelaki termasuk seorang lagi Exco kerajaan Perak, yang dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, baru-baru ini, atas tuduhan menerima rasuah berhubung projek seluas 36 hektar di Seri Iskandar, Perak.Semua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Ketika ini, jawatan Presiden Pafa dipangku oleh Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan berikutan keputusan Kabinet melarang anggotanya memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan manakala Steve Darby dilantik pengurus merangkap jurulatih pasukan Seladang itu.
Mohammad Nizar berkata, beliau dijangka menyandang jawatan itu secara rasmi selepas mesyuarat agung Pafa yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan.“Selepas mengambil alih teraju kepemimpinan, kita akan buat penyusunan semula terutama daripada segi pelantikan jurulatih dan pemilihan pemain.“Kita akan cuba mencari pemain daripada kelab dalam negeri Perak yang handal untuk kita menjadikan Perak kembali semula menyinar dalam Liga Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Ipoh, semalam.Mohammad Nizar berkata, menerusi pengambilalihan pengurusan Pafa, beliau yakin masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu sebelum ini akan dapat diatasi secara beransur-ansur.Beliau berkata, kerajaan negeri sudah memberi peruntukan RM300,000 sebagai bantuan segera bulan lalu bagi menangani masalah kewangan yang semakin meruncing dalam Pafa.
Masih ada tiket kereta api untuk balik kampung hari raya

Masih ada tiket kereta api untuk balik kampung hari raya

KUALA LUMPUR: KTM Berhad mempunyai baki 22,597 tiket pelbagai kelas untuk kesemua sektor perjalanan bagi penumpang yang hendak pulang ke kampung untuk berhari raya. KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah menyediakan sebanyak 52,466 tiket bagi perjalanan antara 24 dan 30 September ini, dan sebanyak 29,869 tiket daripadanya telah habis dijual. “Tiket untuk perjalanan pulang ke Utara, Pantai Timur dan Selatan hampir kehabisan manakala tiket untuk perjalanan dari Utara, Pantai Timur dan Selatan menuju ke Kuala Lumpur atau Singapura masih banyak,” kata kenyataan itu.

Tiket yang habis untuk perjalanan sebelum Hari Raya ialah bagi Ekspres Rakyat Singapura-Butterworth pada 26 September dan 27 September, Ekspres Sinaran Kuala Lumpur-Butterworth (26-29 September) dan Ekspres Langkawi Kuala Lumpur-Padang Besar (25-30 September). Ekspres Timuran Singapura-Tumpat pula telah kehabisan tiket untuk 24-30 September, Ekspres Wau Kuala Lumpur-Tumpat (24-30 September), Ekspres Gading Mas Kuala Lumpur-Tumpat (25-30), Ekspres Lambaian Timur Singapura-Gemas (26-29 September) dan Ekspres Senandung Semalam Ipoh-Singapura (26 September).

“Bagi perjalanan selepas Hari Raya iaitu dari 1 hingga 7 Oktober, kami menyediakan 50,736 tiket pelbagai kelas untuk kesemua perjalanan dan 21,416 daripadanya telah habis dijual,” katanya.
Terdapat beberapa tren telah kehabisan tiket untuk perjalanan selepas Hari Raya antaranya Ekspres Rakyat Butterworth-Singapura (kehabisan tiket untuk 5 Oktober), Ekspres Sinaran Butterworth-Kuala Lumpur (4-5 Oktober), Ekspres Langkawi Padang Besar-Kuala Lumpur (4-6 Oktober), Ekspres Timuran Tumpat-Singapura (3-7 Oktober), Ekspres Wau Tumpat-Kuala Lumpur (3-7 Oktober), Ekspres Gading Mas Tumpat-Kuala Lumpur (4-6 Oktober) dan Ekspres Lambaian Timur Gemas-Singapura (4-5 Oktober).

Tiket-tiket tambahan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan penumpang dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk mendapatkan tiket. Penumpang boleh membeli tiket di kaunter-kaunter KTM Antarabandar seluruh negara, membuat tempahan melalui Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 dari 7 pagi hingga 10 malam atau membeli tiket secara online di www.ktmb.com.my. - Bernama

Teringat zaman2 belajo kat Segamat dulu. Asal cuti panjang terutamanya Cuti Raya mesti berebut beli tiket. Aku selalu pilih balik naik keretapi, sebab luas dan boleh 'lepak-lepak' dengan kawan-kawan aku. Kalau naik bas, faham-faham je la. Dengan 'seat' yang terhad, yang nak balik pun ramai. Lagi la berebut. Bila tiket habis, mulala ramai balik naik bas 'sangkut-sangkut' Dari Segamat pegi Melaka, dari Melaka cuba cari tiket ke KL, kalau tak dapat cuba ke Seremban. Kemudian dari Seremban naik KTM Komuter. Selagi tak jejak kaki kat kampung selagi tu lah perjuangan tak selesai lagi. Ermmm, seronok zaman-zaman belajar dulu. Kalaulah masa boleh diundur.............
Bonus RM1,000.00 atau sebulan gaji...

Bonus RM1,000.00 atau sebulan gaji...

Bajet (Belanjawan lagi baik!) 2009 telahpun selamat dibentangkan di Parlimen hampir 2 minggu. Diantara yang paling ditunggu-tunggu kakitangan awam adalah berkaitan dengan bonus. Setelah tidak merasa bonus tahun 2007 yang lepas disebabkan oleh pelarasan dan kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan pada setengah tahun 2007.

Walaupun CUEPACS meminta kerajaan untuk mempertimbangkan supaya memberi bonus kepada kakitangan awam sebanyak RM2,000.00 dan Elaun COLA diselaraskan kepada RM500.00 setiap orang. Tetapi setelah dihitung, dicongak, ditambah dan ditolak, kerajaan hanya berminat untuk memberi bonus sebanyak RM1,000.00 untuk mereka yang gaji pokok dibawah RM1,000.00 dan sebulan gaji untuk mereka yang berpendapatan RM1,000.00 keatas. Bonus ini nanti akan diberi pada bulan September dan Disember. Maksudnya dibayar sebanyak 2 kali.

Agak-agaknya la, dengan RM1,000.00 yang diberi kepada kakitangan awam yang berpendapatan kurang RM1,000.00 ni mencukupi atau tidak. Jika sebuah keluarga itu mempunyai dalam 6 -7 orang anak. Cukup ke untuk menampung perbelanjaan Hari Raya dan Sessi baru persekolahan?. Kalau Pegawai yang gaji pokok dalam lingkungan RM2,000.00 rasanya, Insyallah tiada masalah. Kasihan bila memikirkan mereka-mereka yang berpendapatan dibawah RM1,000.00 ditambah dengan tanggungan yang ramai. Jika seorang anakpun perbelanjaan untuk ke sekolah kita ambil minimum RM100.00, 6 orang pun sudah RM600.00. Itu jika perbelanjaannya hanya RM100.00. Tetapi dengan harga barangan yang meningkat hari ini dan akan terus meningkat selepas ini. Rasanya RM100.00 terlalu kecil untuk persediaan anak-anak mereka.

Bagi aku, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan CUEPACS tempohari. TIdak salah mengambil hati kakitangan awam yang berkerja demi untuk Negara. Fikir-fikirkan lah.
31 Ogos atau 16 September???

31 Ogos atau 16 September???

31 Ogos 1957 Hari Kemerdekaan Tanah Melayu, 16 September 1963 Hari Penubuhan Malaysia. Orang Semenanjung boleh berkata 31 Ogos lah yang sepatutnya kita raikan kerana kita bebas dari penjajahan British ( Bebas ke?) sementara kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak pula pasti berkata sepatutnya 16 September lah yang patut dirai kerana merupakan hari Penubuhan Malaysia dan tarikh penyertaan mereka ke dalam gagasan ini dan pada 31 Ogos 1957 mereka masih lagi dibawah belenggu penjajah. Salah siapa bila hanya satu tarikh sahaja yang kita ingati sementara yang satu lagi tarikh hanya sekadar hari biasa. Salah Pemerintah kah? Salah kita kah?
Dirgahayu Malaysia

Dirgahayu Malaysia

Assalamualaikum.....
Ogos tahun nie paling sepi aku rasa. Sepi disebabkan oleh betapa pemberitahuan atau promosi mengenai Bulan Kemerdekaan yang kurang aku rasa. Kebiasaannya, saban tahun promosi Bulan Kemerdekaan gah dengan pelbagai aktiviti. Mungkin, menjimatkan duit rakyat kot!?..... Sepatutnya tanpa promosi pun orang Malaysia sepatutnya meraikan bulan ini tanpa perlu dipaksa untuk merayakan bulan atau tarikh bertuah 31 Ogos. Nampak sangat semangat patriotik makin nipis di jiwa rakyat Malaysia.

Apa lagi anak muda zaman sekarang, aku mewakili generasi aku yang lahir awal 80an sendiri pun sekiranya ditanya mengenai kemerdekaan. Pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, adalah CUTI dan perbarisan Hari Kemerdekaan. Siapa yang patut disalahkan bila berlaku perkara seperti ini??? Mungkin sebab kita selalu disogokkan dengan hiburan berlebihan maka perkara-perkara seperti ini makin terhakis di fikiran kita. Pernah kita terfikir betapa susahnya orang dahulu mendapat kemerdekaan??? Bergolok gadai, bersusah payah menyabung nyawa mempertahankan negara.

Bila aku semak kembali sejarah Kemerdekaan Malaysia, tokoh-tokoh yang selalu dikenang adalah mereka yang berpaksikan UMNO sebagai pegangan. Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh dari parti lain?? seperti PAS dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) ataupun dari pihak Divisyen 10 (Majoriti berbangsa Melayu) Parti Komunis Malaya sendiri. Bukanlah aku mengagungkan perjuangan mereka ini. Cumanya fikiran nakal aku kekadang merasakan perjuangan mereka juga sama seperti UMNO pada masa itu. Membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah British. Cuma wadah perjuangan sahaja yang berbeza, disatu pihak mereka tidak mahu bersekongkol dengan pihak British sementara disatu pihak pula rela berkompromi dengan pihak British.

Sempena 51 tahun kemerdekaan Malaysia, sudah sampai masanya jasa-jasa mereka yang tidak tercatat dalam buku Sejarah Sekolah Menengah diiktiraf. Walaupun tidak melalui pemberian pangkat atau harta cukuplah sekadar menyedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang telah gugur.

Dirgahayu Malaysia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss