Struktur baru Pafa

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan mengambil alih kepemimpinan Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menjelang akhir tahun ini, sekali gus merombak struktur organisasi persatuan itu sebelum aksi Liga Malaysia membuka tirai pada 3 Januari depan.Serentak itu, Mohammad Nizar juga mengumumkan pelantikan Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, sebagai pengurus baru pasukan bola sepak Perak musim depan. Untuk rekod, Jamaluddin, 52, adalah salah seorang daripada lima lelaki termasuk seorang lagi Exco kerajaan Perak, yang dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, baru-baru ini, atas tuduhan menerima rasuah berhubung projek seluas 36 hektar di Seri Iskandar, Perak.Semua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Ketika ini, jawatan Presiden Pafa dipangku oleh Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan berikutan keputusan Kabinet melarang anggotanya memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan manakala Steve Darby dilantik pengurus merangkap jurulatih pasukan Seladang itu.
Mohammad Nizar berkata, beliau dijangka menyandang jawatan itu secara rasmi selepas mesyuarat agung Pafa yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan.“Selepas mengambil alih teraju kepemimpinan, kita akan buat penyusunan semula terutama daripada segi pelantikan jurulatih dan pemilihan pemain.“Kita akan cuba mencari pemain daripada kelab dalam negeri Perak yang handal untuk kita menjadikan Perak kembali semula menyinar dalam Liga Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Ipoh, semalam.Mohammad Nizar berkata, menerusi pengambilalihan pengurusan Pafa, beliau yakin masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu sebelum ini akan dapat diatasi secara beransur-ansur.Beliau berkata, kerajaan negeri sudah memberi peruntukan RM300,000 sebagai bantuan segera bulan lalu bagi menangani masalah kewangan yang semakin meruncing dalam Pafa.

1 Response to "Struktur baru Pafa"

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang