Kellie's Castle - Tawaran Sebutharga


Kellie' Castle yang bersejarah!!

Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) baghu (baru) keluo kan eklan.....
sape2 yang berminat untok mengusehe dan mengurus bangunan bersejarah Kellie's Castle diminte untuk mengemukekan keghoteh (kertas) cadangan pade MDBG......

syaghat2 (syarat) nye macam kat bawah ni....

Iklan Cadangan Mengusaha dan Mengurus Bangunan Bersejarah Kellie's Castle di atas Lot 48436, Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta Perak Darul Ridzuan

1. Tawaghan (tawaran) dipelawe kepade syaghikat2 (syarikat2) berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera yang berkeupayaan daghi (dari) segi kewangan serta berpengalaman dalam bidang pelancongan.

2. Keghoteh (Kertas) cadangan yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri, bertulis tajuk dan nombor tawaran serta dialamatkan kepade :-

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BATU GAJAH JALAN HJ ABDUL WAHAB 31000 BATU GAJAH PERAK DARUL RIDZUAN

3. Keghoteh (Kertas) cadangan hendaklah dihantar sebelum 17 November 2011 Jam 12.00 tengahaghi (tengahari)...

Syarat-Syarat AM

Yang perlu ade dalam Keghoteh (kertas) cadangan kome :-
1. Maklumat Lengkap Cadangan
- Pendahuluan/ latar belakang cadangan
- Tujuan
- Objektif
- Pengurusan Syarikat
- Pengalaman Syarikat
- Komponen Pembangunan
- Strategi dan promosi
- Tarikan Pelancongan
- Isu dan Masalah
- Balasan kepade Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

2. Kedudukan Kewangan
- Penyata Kewangan Syarikat (3 bulan terakhir)
- Kos Operasi
- Kos Penyelenggaraan
- Sumber Pembiayaan (serta sokongan pembiayaan)
- Caj Tiket

Haaa.....ape lagi kome...
sape yang mampu dan ade kampeni sendighi (sendiri) dan layak macam syarat2 kat ateh (atas)....
ini le peluang kome ndak ughoihkan (uruskan) lokasi pelancongan yang selalu dikunjongi pelancong dalam dan luo negare........

0 Response to "Kellie's Castle - Tawaran Sebutharga"

Post a Comment

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang