5. Zoo Taiping & Night Safari

Entri Tahun Melawat Perak 2012
10 Ikon Pelancongan Perak

1. Taman Rekreasi Air Panas, Sg Klah
2. Taman Herba Negeri Perak
3. Taman Negeri Royal Belum
4. Gua Tempurung

Macam bese ....
awok ambik daghi (dari) brosur yang ade kat opis awok....
jangan malu....jangan segan bace ye....
Baghu (baru) je menyambut ulangtahun ke 50 penubohan deme......
Zoo Taiping teghoih (terus) unggul sebagei pusat perlindungan haiwan yang tertue Malaysia....
Sebelum ni pun awok ade up kan entri pasei Jubli Emas 50 Tahun Zoo Taiping ......




Zoo Taiping terletak di antara Taman Tasik Taiping dan kaki Bukit Larut menempatkan pelbagai jenis hidupan liar sama ada tempatan atau eksotik.
Persekitarannya yang subur dan redup amat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Zoo ini telah dibuka semenjak tahun 1961 merupakan zoo tertua di Malaysia dan satu-satunya zoo di utara Semenanjung Malaysia.

Pengunjung dapat menikmati pemandangan eksotik dan suara hidupan liar di dalam persekitaran semulajadi dengan sungai,tasik dan pelbagai spesies flora dan fauna.
Terdapat lebih 180 spesies fauna yang secara keseluruhannya berjumlah 1300 termasuklah burung,mamalia dan reptilia dapat dilihat dalam kandang dengan “Konsep Terbuka”.

Kandang ini direka menyerupai habitat semula jadi hidupan ini dan rekaannya diterima baik oleh orang ramai. Antara hidupan liar di sini termasuklah spesies terancam seperti helang jeragat (Brahmini Kita/Halistur Indus),beruang madu (Helactus Malayanus),harimau kumbang hitam, Orang Utan,gajah Malaya dan harimau. Di sini terdapat juga haiwan yang dibawa dari luar negara seperti singa Afrika.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

a) Zoo Taiping & Night Safari,
Jalan Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak

Tel: +605 - 8086577
Fax: +605-806 6025
E-mel : zootaiping@zootaiping.gov.

2 Responses to "5. Zoo Taiping & Night Safari"

  1. night safari belum lagi berpeluang nak pi..hoho..

    ReplyDelete
  2. apelagi..ambik le peluang pegi... sonok ooo..sebabnye...binatang mase tu le deme aktif....

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang