Homestay Pendiat, Bota

Homestay Pendiat, Bota


Homestay Pendiat , Bota merupakan salah satu homestay terbaru yang diluluskan pendaftarannya tahun lepas (2012).....
Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tepian Sungai Perak.....
Dengan keluasan kampung 3km persegi dan terletak di dalam Mukim Bota di Daerah Perak Tengah.....

Antara tarikan yang ada di kampung ini dan diwarisi zaman berzaman dan masih dipraktikkan sampei le sekaghang adalah seperti ....
permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional dan juga permainan tradisional.....
sape2 yang berpeluang ke Homestay Pendiat ni kome berpeluang merasa aktiviti air....

mane idaknye....
udah Homestay Pendiat ni betoi2 terletak di tepian Sungai Perak.....
memancing, menjala, mengagau ikan, berkayak, berakit....
dan lain2 lagi aktiviti sukan air Homestay Pendiat boleh buat...

Tambah menarik lagi...
kedudukan Homestay Pendiat yang dekat dengan Lumut, Pasir Salak serta Batu Gajah...
memudahkan pihak Homestay Pendiat menguruskan lawatan (sekiranya ada permintaan)...
ke tempat2 pelancongan seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Pusat Pembuatan Labu Pulau Tiga, Kellie's Castle dan juga ke Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim....

pada yang nak ikut pakej yang disediakan...
macam ni lebih kurang pakejnya...

- Sambutan Selamat Datang
- Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Minum Petang/Makan Malam
- Penginapan di rumah keluarga angkat
- Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

dan diantara aktiviti nya

- Lawatan ke IKS (Industri Kecil dan Sederhana)
- Persembahan Kebudayan
- Lawatan sekitar kampung menaiki bot
- Sukan Rakyat
- Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan

- Penyerahan Cenderamata

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila berhubung dengan
Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056
Batu 7 3/4
Kg Pendiat, Bota Kanan
32600 Bota, Perak

Tel : 017-579 6251
Facebook:  Facebook Homestay Pendiat
Email : homestaypendiat@yahoo.com


Akademi Pengajian Islam Darul Sufi

Asyik entry pasei pelancongan je...
sesekali moh le kite buat amal jariah.....
awok Insyallah akan ke akademi ni....
dengan tujuan membantu dan mengambil gambo untuk tatapan pengunjung......

kenapa Akademi Pengajian Islam Darul Sufi ni memerlukan bantuan oghang ramai.....
takpele.... dibawah ni rayuan dan permintaan dari pengasas AKademi Pengajian Islam Darul Sufi ni sendiri...
Ustaz Dr Azri ......
yang sebenonye deme ni takde dapat mana2 bantuan pun sebelum ini....

tapi deme dapat bertahan hasil sumbangan orang ramai dan masyarakat setempat...
tapi memandangkan jumlah murid yang makin bertambah...
dan yuran deme yang rendah.......
deme memerlukan sedikit bantuan kita untuk membolehkan deme terus beroperasi......


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DARUL SUFI yang didaftarkan dibawah bahagian pendidikan JABATAN AGAMA ISLAM PERAK dengan nombor pendaftaran JAIPK/LP/IP.141/11 dan mempunyai MOU serta affiliated dengan beberapa buah Kolej berasaskan Pendidikan Islam seperti Kolej Dar Al Hikmah,Kolej Islam As-Sofa dan Darul Quran (JAKIM) sedang memerlukan sedikit dana untuk membaikpulih penempatan asrama,ruang pejabat,dapur dan beberapa kemudahan pelajar.

Saya; Ustaz Azri selaku ahli jemaah pengurusan AKADEMI sangat mengalu-alukan sumbangan,derma atau zakat utk memastikan kelancaran urusan ini dapat dibuat

NAMA AKAUN:AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DARUL SUFI
NOMBOR AKAUN:25809300014015
BANK:RHB BANK


Makluman,bagi yang telah menyalurkan sumber ke dalam akaun tersebut untuk mendapatkan resit rasmi AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DARUL SUFI yang didaftarkan melalui MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK bolehlah berhubung terus melalui talian 

017-5588086 - Ustaz Dr. Azri atau 
 012-5113733 -Encik Ahmad Zaidi (Timbalan Pengetua)

Alamat Pejabat pengurusan dan asrama pelajar 
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DARUL SUFI
Bersebelahan Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Jalan Gagah
Kg Serdang Permai 
Simpang Pulai Perak.

Terima Kasih.

Insyallah..... gambo2 akan awok upload bila udah ada nanti....
tak semestinya bantuan wang ringgit je yang deme ni terima...
kalo kengkawan ada jalan ...ato ada ruang untuk deme ni dapat bantuan...
sila2 le maklumkan pada awok.....
Insyallah...ada balasan buat kita...tak disini...'disana' nanti.....
Pulau Sembilan / Jarak Angling Tourism 2013

Pulau Sembilan / Jarak Angling Tourism 2013

Alhamdulillah...
Awok baru je balik dari aktiviti memancing laut dalam di perairan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...
pada yang tak tau.....
Pulau Sembilan dan Pulau Jarak ni terletak di ateh lagi dari Pulau Pangkor...

tapi memandangkan jarak pulau2 ni yang jauh...
dan takde penempatan di kawasan sini.....
jarang orang akan kesini...

kecuali yang kaki menyelam..
dan kaki memancing....

Aktiviti awok kali ni disertai oleh para media seperti Joran-Berita Harian, Majalah Umpan, Majalah Libur, Majalah Santai, MyTourismTv.com dan Majalah Gaya Travel selaku media rasmi program ni....
serta agensi2 pelancongan yang dijemput khas untuk merasai pengalaman memancing di laut dalam.......

perjalanan kami bermula pada haghi Senayan (Isnin) 22/04/2013...
dan rombongan akan menaiki bot dari Jeti LKIM Kg Acheh, Sitiawan......
3 buah bot menanti rombongan kami di Jeti LKIM Kg Acheh ...
dibawha ni salah satu bot nya.... bot Seagull....

Pulau Sembilan/Jarak Angling Tourism 2013


dalam perjalanan nanti rombongan akan berhenti makan tengahari di Jeti Sg Nipah, Pulau Pangkor.....
dan menu nye memang best le...
maklum le lauk segar.....

Pulau Sembilan/Jarak Angling Tourism 2013

ni kat Jeti Sg Nipah le ni... makan mabeles... maklumle.... tepi laut... lauk pun freshhhh

Pulau Sembilan, Pulau Jarak

Suasana dalam bot....

Tepat Jam 4.00 petang rombongan tiba di perairan Pulau Sembilan / Pulau Jarak...
di unjam ni memule nya rombongan memancing secara appolo....
memang mewah le dengan ikan Selar Kuning, tongkoi (sesetengah manggei ikan kayu) dan ikan kembung nya.....

Pulau Sembilan, Pulau Jarak
Tapi bila memandangkan ramai yang nak ikan beso....
tekong dan awak2 tuko rancangan....
dan teknik pemancingan secara 'bottom' digunakan...
dan kompem le ikan yang naik beso2 semuanya...
Jenahak, Kerapu, Ikan Tanda, Gerot, Merah Celoreng, Merah Tanda, Barracuda pun ada......

Pulau Sembilan, Pulau Jarak


Pulau Sembilan, Pulau Jarak
Suasana senja di tengah laut...

Pulau Sembilan, Pulau Jarak
 Waktu malamnye pulak......sambil2 memancing ikan beso.... 
ada yang casting sotong pulak.... ini sambil2 jugak ni....
sotong tu kalaupun tak dimasak....
dibuat umpan ikan Jenahak.....
Pulau Sembilan, Pulau Jarak
Besoknya Selasa 23/04/2013 ... dengan hasil tangkapan ikan beso...
ikan yang kecik penuh le tong ais tu......
Pulau Sembilan, Pulau Jarak
ini tong ais yang paling beso tu, bukan yang kecik...


Pulau Sembilan, Pulau Jarak

Diantara media, agensi pelancongan dan urusetia yang terlibat sepanjang program ni dilangsungkan....

Seperti biasa, jika ada yang berminat nak memancing laut dalam di perairan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...
awok sertakan nama orang yang boleh dihubungi jika kome berminat:-
Mizi : 012-450 3283

P/S: Awok udah tak sabo nak turun laut lagi....... 
Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Di Perak aje ada 8 homestay kesemuanya...
Homestay Maju Manik merupakan antara 2 homestay terbaru yang diluluskan pendaftaran tahun 2012 yang lepas.....
Homestay Maju Manik ni lain daghi homestay yang ada di Perak...

Sebabnya kebiasaannya, tertubuhnye homestay baghu le ada koperasi diwujudkan...
tapi kat sini, homestay diwujudkan disebabkan adanya Koperasi...
Koperasi Maju Manik Hilir Perak Berhad le yang punye idea wujudkan homestay ni...
Dengan 20 buah rumah yang telah diperiksa dengan teliti oleh pihak Kementerian Pelancongan.....

Baghu le rumah-rumah ni diluluskan untuk program homestay...
macam yang awok ada kabo sebelum ni...
tuan2 rumah ni kesemuanya diwajibkan mengikuti kursus yang diadakan Kementerian Pelancongan...

Ok..ok... berbalik pada ceghite homestay Maju Manik tadi ni...
Homestay Maju Manik ni letaknya lebih kughang 10 kilometer daghi Bandar Teluk Intan...
Dan terletak dibawah daerah Hilir Perak.....
Homestay Maju Manik ni secaghe spesifiknya terletak dikawasan Sungai Manik, Teluk Intan...

dan meghupekan gabungan 2 buah kampung iaitu Kg Sungai Batu dan Kg Tanjong Keramat...
kome jangan pandang Homestay ni sebelah mate oooo...
tahun lepaih saje (2012) Homestay Maju Manik ni menerima 3 kali kunjungan rombongan dari Jepun ke tempat deme....

disini macam-macam acaghe boleh dibuat...
diantaghe aktiviti yang selalu deme buat adalah seperti berikut:-

- Jamuan Makan Chim Chum
- Lawatan ke IKS (Bengkel Kerisik, Bengkel Biskut, Industri Ikan Dalam Sangkar, Burung Puyoh & Sos Cili)
- Persembahan Pukong 


- Demo Tanaman Padi Cedong Menggunakan Kuku Kambing
- Demo Menuai Padi

- 'Mengago' Ikan Menggunakan Serkap 

- Sukan Bendang

- Lawatan ke tempat bersejarah di Teluk Intan (contoh : Menara Condong, Kompleks Sejarah Pasir Salak)

Antaghe rumah yang terlibat program Homestay di Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Untuk maklumat lanjut atau info yang lebih mendalam...
kome boleh menghubungi penyelaras Homestay Maju Manik
iaitu Encik Ahmad Ismail atopon lebih dikenali dengan nama Pak Leh ditalian 
012-4946158 & 01124139238 atopon email ke alamat dibawah...
Homestay (Inapdesa) di Perak

Homestay (Inapdesa) di Perak

Homestay Bukit Gantang yang terkenal...
rumah Cikgu Ghasali ni jadi contoh homestay seluruh Malaysia

Sekarang ni ramai sangat la yang buat homestay ......
tapi kome tau tak....
yang sebeno-benonye homestay ni apa??..

kat bawah ni definisi yang awok ambik bulat2 dari website Kementerian Pelancongan...

"Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi." 

jadinye...
mana2 pihak yang ada buat homestay di taman, pekan ataupun kampung....
yang itu sebeno2 nye bukanlah homestay dan tak layak dapat peruntukan dari Kementerian pun......
deme tu sebenonye lebih pada rumahtumpangan je...
takpele..... itu rezeki deme...
tapi awok nak cerita berkenaan homestay di Perak...

Di Perak sahaja terdapat 8 Homestay (Inap Desa) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan
diantaranya....

1. Homestay Klah
2. Homestay Bagan Datoh
3. Homestay Maju Manik, Teluk Intan
4. Homestay Pendiat, Bota
5. Homestay Gopeng
6. Homestay Bukit Gantang, Taiping
7. Homestay Kg Beng, Lenggong
8. Homestay Selama

Deme nak dapat kan sijil dan kelulusan homestay ni bukan senang...
Penduduk kampung yang ambik bahagian ...semua diwajibkan berkursus..
dan rumah2 deme tu akan diperiksa...
sama ada sesuai atau tidak......

ok leee....
entri2 akan datang awok akan cerita satu2 homestay yang ada di Perak...

Bonuslink

Errmmm...
dah lama tak menulis ni...
jadi kekok pulak.......
tapi takpe le...
nak lepas rindu menulis.....

ceritanya semalam....
awok ni dah lama guna Shell ....
dan dah lama jugak daftar guna kad Bonuslink....
dan selama guna ni tak pernah lagi reedem point kad Bonuslink...

semalam,
kebetulan awok nak isi minyak di Shell Jalan Pasir Puteh, Ipoh...
saje2 le mintak adik cashier tu tengokkan point yang tak pernah lagi awok tengok...
hasilnya.......

sejak dari 2008 awok guna Bonuslink...
point terkumpul yang awok ada dalam18454 .....
alang-alang dah tau point awok banyak....
terus awok tanya adik tu apa benda yang boleh dituko dengan point awok ni...

jawapan pertama dia....
minyak la bang....
ape lagi...... selamat RM60 awok....
terus guna point isi minyak kereta 'sport' awok tu....

moralnya....
jangan guna kad reward apa2 kalo tak tau pun apa kegunaannya....
hihihi.....terima kasih Bonuslink....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang