Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak

Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak


Entri ini adalah sticky post kerana Kuiz Pelancongan CC1M anjuran Tourism Malaysia Perak ini akan dilangsungkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014......



Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, sukacita dimaklumkan TOURISM MALAYSIA PERAK akan menganjurkan KUIZ PELANCONGAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA, “HAYATILAH 1MALAYSIAKU” BAGI RAKAN FB TOURISM MALAYSIA PERAK.

Soalan kuiz akan bermula pada hari ini iaitu 7 JULAI 2014 setiap Isnin dan Rabu setiap minggu. Soalan adalah berkisarkan pelancongan di dalam Malaysia.

Berikut adalah di antara terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Tourism Malaysia Perak :

1. Kakitangan Tourism Malaysia dan ahli keluarga tidak boleh menyertai.

2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan yang sah.

3. Mesti ‘liked’ Facebook Tourism Malaysia Perak.

4. Peserta hanya boleh menjawab satu soalan kuiz sahaja dan bagi yang telah memenangi kuiz tersebut tidak boleh menjawab soalan seterusnya.

5. Jawapan yang tepat dan komen yang terawal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Soalan kuiz adalah pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu.

7. Hadiah misteri dari Tourism Malaysia Perak menanti anda.

Jadi, nantikan soalan kuiz pertama pada hari ini pada bila-bila masa sahaja. Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Terima kasih pada semua rakan FB yang sentiasa menyokong Tourism Malaysia Perak amnya serta industri pelancongan di Malaysia.

Lalqila Moghul Food

Tokeh Restoran ni kaki moto beso...
maka tak heran le...
grup moto beso selalu datang lepak disini.....

Dah masuk hari Selasa ni....
kalo kita bercerita bab2 makan ni seronok jugak kan?...
kebetulan awok baru tersinggah di sebuah kedai yang tak berapa beso...
dan kedudukan kedai ni pun agak tersorok di Bandaraya Ipoh....
dan yang penting nak letak kereta senang!!!



Lalqila Moghul Food yang terletak di belakang Pejabat Telekom Malaysia di tengah Bandaraya Ipoh....
atopon diseberang jalan bangunan Seri Kinta, Ipoh......
memang agak tersorok....
Hiasan dalam restoran yang pada awok 'cool'!

dengan konsep yang serba merah.....
tokehnya macam pernah awok tengok sebelum ni.....
Encik Dollah (malu nak bergambo) rupanya sebelum ni bekerja dengan sebuah restoran lain di Ipoh..
beliau pernah bekerja di Pakeeza Restaurant & Catering.....
setelah berhenti dari Pakeeza Restaurant & Catering beliau membuka Lalqila Moghul Food.....


ape yang menariknya lagi...
chef di restoran ni didatangkan khas dari hotel (nama hotel rahsia katanya)......
dan memanglah rasa masakan kat sini sedap!!!....
harganya pada awok mungkin lebih sedikit dari kedai biasa...
tapi dibandingkan dengan rasanya ......
berbaloi2......
Nasi Lele....
errr... lele tu ikan keli....
Roti Telur Goyang!!
Ini macam biasa...
menu awok le ni...
Kotio Goreng...
Mango Soda .....
antara menu yang ada disini adalah Nasi Beriyani nya yang syiokkkkkk....
Nasi Lele.... Nasi Ayam Penyet ...... Nasi Kambing Penyet  dan 3 - 4 lagi menu yang menarik....
Ayam, lele ato kambing tadi akan disaluti dengan kepingan garing yang lain dari kedai2/restoran/gerai yang awok pernah pergi sebelum ni...
jadinya apa lagi...... sila lah berkunjung kesini kalo kome ada kesempatan.....


Anak Jantan awok...
dengan roti telur goyang nya....


Night Caving@Gua Tempurung

Night Caving@Gua Tempurung



Gua Tempurung rasanya dah tak perlu diperkenalkan pada semua orang dah....
dah terkenal Gua Tempurung pada yang suka aktiviti lasak atopon yang suka dengan keindahan alam....
tapi rasanya tak ramai yang tau bahawa yang Gua Tempurung juga dibuka untuk lawatan pada waktu malam.......
rasanya dah jadi trend pulak masa sekarang semua aktiviti nak buat waktu malam ye.....

bermula pada 1 Jun 2014 yang lalu pendakian malam atopon lebih dikenali dengan bahasa omputihnya Night Caving@Gua Tempurung telah diadakan.....
apa yang awok tau...
minimum 20 orang satu kumpulan barulah pendakian diwaktu malam ni boleh diadakan.....
dan caj yang dikenakan adalah seperti berikut:-

Pendakian Tanpa Makan Malam
* Kering = RM40 seorang
* Basah = + RM10 seorang

Pendakian dengan Makan Malam
* Kering = RM45 seorang
* Basah = + RM10 seorang

dan jangan le kome riso ...
bersama-sama dengan kome nanti akan ada 2 orang guide yang akan mengiringi perjalanan/pendakian kome nanti tu....

awok galakkan kalo boleh kome hubungi dulu operator Gua Tempurung untuk membolehkan deme menyusun pendakian kome tu nanti....
untuk maklumat lanjut kome boleh hubungi 3 nama seperti berikut:-

Ayu : 0175271926
Shahril : 0125549830
Kay : 0194518380

P/S: Awok sendiri tak dapat lagi peluang nak menjelajah Gua Tempurung diwaktu malam lagi ni...
Insyallah ada masa dan peluang awok nak pergi...
Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor


Cerita pasal berjalan sudah......  pasal makan sudah....
pasal teater sudah..... cerita pasal kartun sudah.....
cerita pasal tempat pelancongan menarik pun sudah....
kali ni moh kita berpuisi dan layan lagu2 rakyat pulak....

Insyallah pada 11 - 14 Disember 2014 nanti...
akan diadakan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor....
atopon lebih dikenali dengan nama pendeknya PULARA ....
kali ni dengan tema "Puisi dan Lagu Rakyat Nusantara ke Persada Dunia"
untuk makluman kome juga....
PULARA kali ini merupakan kali kelima dianjurkan.......

Apa yang menariknya kome.....

PULARA ini nanti akan disertai oleh lebih dari 100 peserta yang terdiri daripada penyair, pengarah filem,deklamator, penyanyi, penari, Sasterawan Negara dan tokoh-tokoh akademik dari dalam dan luar negara....
masa ni nanti kome dapat juga mendengo lagu-lagu rakyat dari Negara Luar yang kita tak pernah terfikir pun yang deme ada jugak lagu rakyat.....



Ini gambo dari PULARA 4 tahun 2013 yang lalu...
masa Paduka Seri Sultan NAzrin Muizzudin Shah ...
masih lagi Raja Muda Perak...
kalo tak salah ini masa Majlis Perasmian PULARA 4 ni....

Dibawah ini awok sertakan jadual PULARA 5...

PULARA 5, Pulau Pangkor Perak. - 11-14 Disember 2014


10 Disember 
Pendaftaran dan Daftar Masuk

11 Disember
2.30pm - 5.00pm : Bicara Karya 1(Coral Bay)
8.00pm : Makan malam Selamat Datang / Welcoming Dinner(Coral Bay)
9.30pm - 11.30pm :Bacaan Puisi & Lagu Rakyat(Coral Bay)

12 Disember
9.30am -12.30pm : Forum 'Puisi Dan Lagu Rakyat Nusantara ke Pesada'(Coral Bay)
Solat Jumaat / Friday Prayer (Local Mosque)
2.30pm - 4.30pm : Bicara Karya 2(Coral Bay)
9.00pm - 10.30pm : Ucaptama Seni(Arena Pangkor)

13 Disember
8.30am -10.30am : Acara Perasmian & Pelancaran Buku / Event Launching (Arena Pangkor)
10.30am - 12.30pm : Bicara Karya Coral Bay)
2.30pm - 500pm : Deklamasi Puisi Dan Lagu Rakyat(Coral Bay)
8.30pm - 11.00pm : Acara Malam gala / Gala Night Dinner (Coral Bay)
9.30pm - 11.30pm : Bacaan Puisi & Lagu Rakyat(Arena Pangkor)

14 Disember
7.00am - 11.30am : Secawan Kopi Seuntai Puisi(Coral Bay)
12.00pm : Daftar Keluar


oh ye.....

PULARA 5 kali ni dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui PORT...

untuk keterangan lebih lanjut kome boleh kesini PULARA ...

dan kalo kome segan.... kome klik ke sini pulak PULARA ....
atopon terus ke alamat tertera dibawah ni:-

Alamat: Koloni Karyawan Amanjaya, No.9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah 31400 Ipoh, Malaysia 
Email: portipoh9@gmail.com | Tel: 05.241.2287 | Fax: 05.241.2394 
Pekan Kartun Ipoh

Pekan Kartun Ipoh


Anda bosan dengan komik2 mainstream? Ingin dapatkan komik-komik indie yang lain dari yang lain? Ingin bertemu dengan slh satu kumpulan hardcore komik indie paling sempoi di Malaysia?!!!Kunjungi booth 'Penggiat Komik Indie Malaysia' (PKIM) di Pekan Kartun pada 15/11/14 ini! Beramah mesra bersama mereka dan dapatkan karikatur serta koleksi komik-komik indie spt Yakbote, Birat, Geng Gelabah dan byk lagi.....

Kalo sebelum ini awok pernah buat entri berkenaan Karnival Kaki Kartun @Kakitun 2014 di Kellie's Castle ....
tapi kali ini, awok nak mempromosikan program Pekan Kartun yang akan berlangsung pada 15 November 2014 ini nanti....
kali ini program ini akan dibuat di Port Koloni Amanjaya, Ipoh @ PORT ...


Sila abaikan Terminal Bas Medan Gopeng sebab Terminal Bas dah berpindah ke Terminal Amanjaya di Meru Raya dan Jusco kini dikenali dengan nama AEON 

pada yang berkesempatan moh le kita sama2 memeriahkan program ini nanti....
apa yang awok tau semasa program berlangsung ...pelbagai majalah kartun akan dijuei disini...
dan ada sesi bertemu kartunis yang akan diadakan...
selain itu akan diadakan juga bengkel melukis kartun, karikatur dan potret...
dan banyak lagi benda la....
kalo dah cerita semua ...takut kome tak nak datang pulak kan???

Ada antara kartun2 yang kome kenal dalam gambo kat atas ni????







Kredit semua gambo kepada Encik Zamn Mui dari PORT @ Koloni Karyawan Amanjawa

Cat Carnival di Bukit Merah Laketown Resort

Cat Carnival di Bukit Merah Laketown Resort





Pada penggemo dan yang suka pada kucing....
apa kata kome luangkan masa  pada 22 - 23 November 2014 ni nanti...
Bukit Merah Laketown Resort akan menganjurkan Karnival Kucing pada tarikh tersebut.....
untuk keterangan lebih lanjut kome boleh ke fb Bukit Merah Laketown Resort...


Teater Gelanggang Tok Wali

... 

012 - 590 3231 @ 012 - 404 0088 @ 012 - 434 0807
 
Pada 26 & 27 September 2014 yang lalu telah dipentaskan Teater Gelanggang Tuk Wali di Auditorium JKKN Perak ....
bermula dari Teater Muzika Ramlee ....
awok tertarik/jatuh cita dengan teater ....
bagaimana deme menghafal lirik...... menghafal gerak-geri...
dan yang penting semuanya secara langsung....
tiada rakaman... tiada ulang semula kesalahan....

disebabkan awok kelambatan malam tu....
tak dapat le duduk seat depan macam Teater Muzika Ramlee sebelum ni...
kali ni terpaksa berkorban duduk ditingkat atas disebabkan auditorium penuh dengan penonton.....

Gelanggang Tuk Wali ni rupanya naskah sastera Tingkatan 4...
maafle..awok memang sekolah dulu tak ambik silibus Sastera ni...
ape yang menarik pada awok semasa persembahan Teater Gelanggang Tuk Wali...
pelakon yang membawakan watak Tuk Wali ni...
penuh eksperasi...... penuh gerak geri yang ada makna...
perghh... meremang bulu roma awok bila Tuk Wali bersilat di tengah gelanggang....

Artikel berkaitan teater Gelanggang Tok Wali 


Berdasarkan kepada pemerhatian awok yang tak pernah membaca naskhah Sastera Gelanggang Tuk Wali......
Gelanggang Tuk Wali mengisahkan perjuangan Tuk Wali yang mempertahankan silat sebagai jati diri bangsa Melayu di kampung beliau.....
bagaimana diri Tuk Wali dicemuh oleh masyarakat setempat terutamanya Orang Masjid yang diwakili oleh Tok Siak dan Tok Imam......
semakin dicemuh semakin bersemangat Tuk Wali mempertahankan silat... ditambah pula dengan anak murid Tuk Wali Ripin dan Mariam yang mempertahankan Tuk Wali..... dan Pie cucu tiri beliau yang selalu mnaikkan kemarahan Tok Wali...... dan akhirnya kematian tragis Tok Wali ditangan cucu tiri beliau sendiri......

pelakon2 lain juga tak mengecewakan....
Mak Umi isteri kepada Tok Wali menjadi pengimbang kepada Tok Wali yang selalu bermain dengan emosi ..... 
Ripin dgn Mariam watak anak murid Tuk Wali menjadi penerus kelangsungan gelanggang silat yang diasaskan oleh Tok Wali....
Cucu Tiri Tuk Wali, Pie yang menjadi duri dalam daging keluarga Tok Wali.....
Watak  Halim & Jamil sebagai Wartawan menggamatkan suasana auditorium dengan keletah deme berdua yang bersahaja....
Watak Org Masjid digambarkan sebagai watak antagonis didalam teater ini dengan Tok Siak & Tok Imam menjadi antara orang yang kuat menentang Tok Wali mempertahankan seni silat dikampong.


Dibawah ini awok sertakan antara snapshot/gambo semasa teater Gelanggang Tok Wali dipentaskan....




Saat2 akhir sebelum Tok Wali mati dibunuh oleh cucu beliau sendiri .....




Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai

Awok menunggu bila deme nak naiktaraf papan tanda masuk ke tempat ni pula....
Entri Kawasan Perkelahan / Air Terjun di Perak
Lata Kekabu, Lenggong
Lata Sempeneh, Batu Kurau
Hutan Lipur Sungai Nyior, Trong
Hutan Lipur, Papan
Bumese Pool @ Batu Hampar, Taiping
Lata Berala, Padang Rengas
Lata Ulu Chepor, Ipoh
Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah
Taman Eko Rimba Lata Kinjang, Tapah
Air Terjun Batu Berangkai, Kampar


Ok.. cerita ni sebenonye dah lama....
tapi disebabkan dah jarang kemaskini blog...
baru sekarang ni le teringat nak naikkan entri ni.....

Lubuk Timah atopon nama sekarang nya Pusat Rekreasi Lubuk Timah ....
bukanlah nama asing untuk orang Ipoh....
sekarang ni dah berwajah baru...
cuma wajah lama nya tu.... papan tanda kat atas tu je....

Jalan Berdebu yang lebih baik dari sebelum ni...
disebabkan jalan berkongsi dengan jalan lori ke kuari ....
ini yang terbaik ....

Lubuk Timah sekarang ni sudah dan sedang dinaiktaraf .....
kalo dulu .....
tempat mandinya berselerak...
sekarang ..... dengan kawasan yang bersih dan luas......
kawasan air panas nya pun dibuat dan ditempatkan mengikut kolam...
memudahkan semua orang mandi-manda disini.....

Setiap pembaharuan perlukan pengorbanan....
kalo dulu percuma....
sekarang kita terpaksa membayar harga untuk pembaharuan...
RM3.00 untuk dewasa... dan RM1.50 untuk kanak2.....
oh ye.... Lubuk Timah ni...
lokasinya mudah....
jalan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands.....
sila pastikan kita tak terlepas papantanda masuk ke tempat ni.....
dari Simpang Pulai... Pusat Rekreasi Lubuk Timah ni terletak di sebelah kiri.....








apa yang awok perhatikan...
masih banyak lagi kerja-kerja naiktaraf sedang dilakukan oleh pihak pengurusan Pusat Rekreasi Lubuk Timah....
selain itu, kerja-kerja naiktaraf di pusat ni .. masih dalam fasa pertama...
banyak lagi koje deme nak buat ni kome......
dah namanya Pusat Rekreasi kan.....

ok ... macam biasa... kome layan gambooooo....
Anak2 ... oppss.... silap..adik2 awok...
seronok berendam....

Kawasan meletak kereta di kawasan dibahagian dalam...
masih luas dan selesa untuk meletak kereta....


Dikabo kan.... ini tempat /kedai makan sementara....








Selamat Menyambut Awal Muharram

Selamat Menyambut Awal Muharram


Awok mengambil kesempatan ini nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 1436 Hijrah pada semua...
sama2 kita berazam untuk menjadi yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya....

Teater di Ipoh

Teater di Ipoh


Pada yang anggap scene teater di Ipoh malap....
kome boleh fikir semula...
walopon mungkin tak semeriah di Lembah Klang...
tetapi dengan khalayak yang terhad....
scene teater di Ipoh masih mampu mementaskan sekurang-kurangnya 1 - 2 buah teater sebulan....

Walopon sebelum ini sudah ada 2 - 3 buah teater dipentaskan tahun ini di Ipoh...
tapi pada awok Teater Muzika Ramlee memulakan trend....
betoi2 mengejutkan khalayak/peminat/penonton teater di Ipoh....
dan mencetuskan minat masyarakat menonton teater.....
agak mengejutkan juga dengan promosi yang terhad ......
ruang di Auditorium JKKN Perak penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri.......



Momentum itu diteruskan pula dengan pementasan teater Gelanggang Tuk Wali...
walopon konsepnya bukanlah muzikal...
tetapi masih mampu menarik audien yang ramai untuk kedua-dua malam pada 26 & 27 September yang lalu...... 
(nantikan reviu awok mengenai Teater Gelanggan Tuk Wali ni).....

Pihak Persatuan Seniman Anak Perak (SNAP) juga berjaya mementaskan sebuat teater ...
yang bertajuk Degup pada 17 - 18 Oktober 2014 yang lalu......
Degup yang agak mendalam masih mampu menarik penonton yang agak ramai menonton teater ini...






Badan Budaya Perak akan mementaskan Teater SEDAR bermula pada 24 & 25 Oktober 2014 ....
awok tak pernah lagi menonton teater yang berbentuk komedi....
selama awok menonton teater elemen komedi hanya sedikit ataupun sekadar tempelan untuk sesebuah teater itu....
tak sabo pulak nak menonton teater bentuk komedi ni......





Pada 31 Oktober & 1 November 2014 pula...
akan dipentaskan Teater Muzikal Kaduk...
msaih lagi dipentaskan di Auditorium JKKN Perak...
bermula pada 8.30 malam....


Dalam perancangan pihak JKKN Perak...
Insyallah akan dipentaskan teater kanak-kanak yang dijangka akan dipentaskan pada bulan November  2014.....
Selain itu, teater Muzikal Saloma dijangka akan dipentaskan pada bulan Disember 2014....
Terima kasih dan tahniah pada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perak...
yang tak jemu-jemu memartabatkan seni teater di negeri Perak khususnya......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang