Pameran Seni Lukis PIOR Perak

Pameran Seni Lukis PIOR Perak



Lagi.... Promo Pameran Seni Lukis  PIOR Perak...
saja je awok naikkan lagi promo pameran ni...
bukan apa... kalo naikkan selalu..
baghu kome tak lupe!!!
perasmiannya pada 15 Mei.....
dan pamerannya akan berlangsung dari 15 Mei - 29 Mei 2014.....
bertempat di Hotel Seri Pacific, Kolumpo....
alahhhh...yang sebelah PWTC tu le......
tak kighe le kome anak Perak ke idak....
moh le kita sama2 memeriahkan pameran ni....
masuk adalah percuma....

1 day trip ke Kolumpo


Yeee... tajuknye tak gempak mana.....
tapi keadaannya gempak bila ke Kolumpo dengan watak utamanya 2 dewasa dan 3 kanak-kanak + 1 yang dalam perut yang dah masuk usia 7 bulan ++ ....
dan naik kenderaan awam.....

ceritanya macam ni....
Hari Sabtu yang lalu 26 April 2014...
awok berkesempatan membawa famili awok ke Kolumpo....
cite nye bermula bile awok berjanji dengan anak2 minggu sebelumnya nak membawak deme naik Keretapi/ETS....

Bagus jugak ada ETS ni....
dengan tiket berharga RM35.00 untuk dewasa dan RM22.00 untuk kanak2.....
untuk pergi balik tiket ETS sahaja awok keluo RM182.00.....
perjalanan dari Ipoh cuma mengambil masa 2 jam 20 minit menggunakan ETS Gold.....
dan yang penting....
awok boleh tido dalam keretapi....
ahaksss...

awok mengambil tiket pukoi 8.00 pagi hari Sabtu tu.....
dan sampai lebih kurang pukoi 10.20 pagi di KL Sentral......
dan dari KL Sentral awok hanya bayo RM3.20 sehala untuk 2 dewasa untuk menaiki LRT ke KLCC....
kali terakhir awok menggunakan LRT pada tahun 2008 yang lalu...
lepas je berpindah ke Ipoh..
tak pernah lagi naik LRT tambahan pulak ibupejabat berpindah ke Putrajaya...

keluo je dari stesyen KLCC .....
awok boleh tersesat.... lebih kurang 20 minit baru dapat keluo dari Avenue K tu...
dan awok tengok KLCC udah ada diseberang jalan...
takpe..takpe..... menapak lagi...




tempat yang awok tuju...
PETROSAINS....
selain dari anak2 awok boleh bermain...
deme jugak boleh dapat ilmu baru.....
tiket masuk RM15.00 untuk orang Malaysia...
dan tambah RM5.00 untuk anak2 berumur bawah 4 tahun.....
dan ada permainan yang perlu bayaran lain kalo kita nak bermain.....














bayangkan disana je ...
awok sefamili ambik masa lebih kurang 5 jam didalam tu...
bukan main seronok anak2 awok.....
termasuk makan ringan2 di dalam kafe molekul @Petrosains tu....
dan kemudian sambung makan di medan selera kat KLCC tu.....


dah nama 1 day trip kan...
awok bermusafir....
dan awok memang berniat nak bersolat di Masjid As-Syakirin, KLCC tu...
apa yang awok tak tau ialah.....
pembinaan yang sedang dilaksanakan kat situ menyebabkan awok sefamili terpaksa guna jalan jauh ke Masjid....
sabo je le.... dasar kapitalis.. hihihihi





habis solat (termasuk solat Jamak Qasar Maghrib + Isyak)...
kami sefamili sempat lagi luang masa sekejap  menonton pertunjukan air pancut di KLCC tu....
dan disebabkan tiket balik ETS jam 9.00 malam.....
pukoi 8.20 malam awok dah gerak ke Stesyen LRT KLCC ......
kali ni awok dapat tiket ETS Silver...
murah sikit la dewasa RM25.00 seorang dan RM17.00 untuk kanak2.....
dan awok sampai di Ipoh pada jam 11.20 malam....
sambung pulak tengok air pancut kat Stesyen Keretapi Ipoh pulak.....

mabeles..... penat.. tapi seronok sebab dapat luang masa dengan famili....

Kolumpo!


Ok idea dah tepu....
fikiran dah buntu....
otak tak dapat tumpu....
mata dah layu.....

layan hutan batu pulak...
selalu awok layan hutan hujan....
penuhkan minda dengan segala macam pencemaran mata dan minda....
sabo je le...

tapi awok bangga....
hihihhi....
pembangunan fizikal kita mantap....
pembangunan rohani yang awok takut.....
kome rasa macam mana????


Restoran Kosiswa, Ipoh


Tengok bangunan Restoran ni....
Old Skool betoi....
tak klasik tak Ipoh la chor!!

Monday Blues???...
errrmmm.... itu sebabnya mengapa pagi2 hari Senayan ni ...
entri awok adalah berkaitan dengan makan....

dan kalo sebut pasei makan...
Ipoh.... dengan kotio kicap dan kuah karinya tak boleh tinggei...
dan awok suka nak memperkenalkan kedai/restoran kecik macam ni...
bukan apa...lebih dekat dihati rakyat Malaysia kan???

kali ni tumpuan awok adalah Restoran Kosiswa di Ipoh....
terletak dekat dengan UTC di Ipoh.....
dan disebelah Sungai Kinta...

dan trend jugak dalam satu restoran ....
ada lebih dari satu gerai...
di Restoran Kosiswa ni pun sama jugak...

ada 3 gerai semuanya...
yang pertama menjual masakan bergoreng (Mee/Kuetiau/Bihun/Yee Mee) Goreng ...
gerai kedua pula menjual masakan berkuah seperti sup/kari/kicap...
gerai ketiga pula menjual masakan siap seperti nasi ayam....

sementara dibahagian dalam pula...
ada dijual masakan yang telah siap dimasak...
seperti nasi lemak/lontong dan kekadang soto....
dan pilihan lauk/pauk yang kita suka....

awok???..
tengok gambo tu pun kome dah tau...
menu kebiasaan awok....



Tak lain tak bukan.....
awok punye le ni.....


Tapai Pulut.....
pada yang suka... sedap le...
P/S: Ngape gambo tak banyak???
awok konsentret makan......


Pameran Lukisan PIOR Perak

Pameran Lukisan PIOR Perak


Salam Sejahtera, kepada saudara- saudari, dijemput menyaksikan pameran lukisan bertemakan 'pior' perak yang mengetengahkan hasil karya dari pelukis perak dan karya-karya yang berkaitan dengan negeri Perak Darul Ridzuan. 

Melalui karya-karya yang dihasilkan ia dapat mendekatkan lagi para pengunjung dengan keindahan negeri Perak, dan mengetengahkan bakat-bakat tempatan dinegeri Perak.

Majlis pembukaan akan diadakan pada 15 Mei 2014, pukul 3.00 petang, dan pameran akan berlangsung dari 15 Mei hingga 29 Mei 2014.

jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 'PIOR' Perak di Galeri Artiseri, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.




Ok ...
acara diatas ni...
awok copy paste dari member awok dari Persatuan Pelukis Perak...
deme akan mengadakan pameran lukisan dari karya pelukis Perak yang berkaitan dengan negeri Perak.....
dan pameran ni diadakan di Kolumpo ye kome.....
jangan lepaskan peluang.... masuk adalah percuma!!

notakaki :
PIOR = PURE .... faham tak maksudnye???



Halal Perak 2014

Halal Perak 2014


Haaa..... pada kome2 yang berada di kawasan Perak Tengah....
senang ceghite dikawasan sekitar Seri Iskandar, Parit, Bota dan kawasan sekitarnya....
moh kome... kita ke Ekspo Halal Perak 2014 ...
yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak ...
dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Daerah Perak Tengah, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah.......
ekspo bermula dari hari ini 25 April sehingga ke 27 April 2014......
Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013

Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013


Kelmarin ada awok naikkan entri video kenangan Fam Trip Eco Tour - Royal Belum dan Gopeng 2013 yang lalu...
dan kebetulan dalam video tu ada intro perjalanan program tu yang diberikan oleh Encik Muhammad Zukni Mohamed Yusof....
Encik Muhammad Zukni Mohamed Yusof adalah seorang Pemandu Pelancong yang dah lama terlibat dalam bidang pelancongan ni....
dalam masa yang sama juga... beliau mempunyai sebuah syarikat agensi pelancongan...
iaitu Zuk Travel & Tours Sdn Bhd......
dari seorang yang tidak ada latar belakang pelancongan kerana beliau terlebih dahulu terlibat dalam bidang penulisan.....
dan pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat akhbar terulung di Malaysia...
selain itu beliau juga pernah terlibat dalam bidang perhotelan.....
sebelum menceburi bidang Pelancongan sebagai Pemandu Pelancong.....
berkat usaha beliau, beliau akhirnya mempunyai sebuah syarikat agensi pelancongan.....
yang kini berpengkalan di Kamunting, Perak Darul Ridzuan....
sesiapa yang pernah mengikut lawatan menggunakan khidmat beliau....
pasti terhibur dan dalam masa yang sama tertarik dengan info2 berkaitan pelancongan yang diberikan oleh beliau...
kemuncak kerjaya beliau apabila beliau telah dipilih menjadi sebagai Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013....
di majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2013 yang telah diadakan di Casuarina@Meru pada 30 Disember 2013 yang lalu....
Encik Zuk...Tahniah sekali lagi!!!

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Perak dan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak....




Macam biasa.... awok mesti nak enterframe sekali.... hihihihihi...



Penerima anugerah bergambar beramai2 diatas pentas dengan MB serta Exco Pelancongan Negeri Perak....

Sg Papan, Royal Belum


Video diatas adalah semasa Fam Trip Eco Adventure - Royal Belum & Gopeng pada tahun 2013 yang lalu...
lokasi dalam video diatas adalah di Sg Papan, Royal Belum...
dimana kami ditunjukkan tempat binatang/haiwan mendapatkan mineral didalam hutan....
dengan menjilat garam mineral yang keluo dari celah2 batu......
walopon tak dapat melihat haiwan secara 'live'...
tapi dapat tengok tempat haiwan mencari makan pun udah kira baik....
awok cuba gemo dan suka dengan aktiviti hutan...
baik mendaki, trekking, berkhemah dan segala jenis yang berkaitan dengan aktiviti lasak....
paling seronok kalo dapat kumpulan yang 'sekepala' dan tak berkira dengan kita....
besttttt.....

Pengkalan Hulu - Bandar Pelancongan Sempadan



Macam yang semua tau...
baru-baru ni awok berkesempatan menyertai program Lawatan FAM Trip Pengkalan Hulu ; The Undiscovered Trail 2014 ....
dan sebabkan udah lebih seminggu....
awok cadang nak buat penutup atas lawatan tempohari...

Kalo sebelum ni...
jika disebut Pengkalan Hulu....
awok akan terbayang jauhnya nak kesana dari Ipoh (2 jam setengah - 3 jam)....
dan bandar transit sebelum nak ke Baling atopon nak ke Betong, Thailand....
tapi selepas je awok mengikut lawatan ke sana baru2 ni...
pandangan awok terhadap Bandar Pengkalan Hulu berubah 360° ....

Macam yang kome tahu...
Pengkalan Hulu ni terletak dalam daerah Hulu Perak...
daerah yang agak jauh....
dan tak hairan jugak le bila kod telefon disni menggunakan kod 04 dan bukannya 05 sebagaimana biasa untuk Negeri Perak.....
bagaimana nak kesana rasanya awok tak perlu bagitau kot?...
ramai yang dah tau kan?!

dan di Hulu Perak ni...
ada 2 tempat yang popular dimata antarabangsa ketika ini...
1. Lembah Lenggong - Tapak Warisan Dunia UNESCO

2. Taman Negeri Royal Belum
dan Pengkalan Hulu seperti terpinggir...
apapun awok tabik pada Majlis Daerah Pengkalan Hulu...
terutamanya YDP nya Encik Shukri b. Azari...
yang tak penat dan tak pernah lelah berusaha 'memperkenalkan' Pengkalan Hulu kepada semua...

dan jangan kome tak percaya...
Bandar kecil seperti Pengkalan Hulu ni...
ada sebuat pusat Bowling, Kelab Golf, KFC dan juga stadium mini.....
hebat juga Bandar kecik ni!...

tapi apa yang menarik minat awok kepada Pengkalan Hulu...
ialah macam mana tenangnya hidup di Pekan/Bandar kecik...
yang kita tak perlu terkejo2 nak kesana-kesini.....
kalau tempat kita tinggal masih lagi macam tu...

dan Pengkalan Hulu juga dikelilingi dengan pemandangan hutan yang menarik pada awok...
sebagai seorang pencinta aktiviti hutan/lasak ....
awok rasa Pengkalan Hulu menawarkan produk yang baik kepada kita semua.....
baik dari segi alam semulajadi, tradisi, tinggalan sejarahnya......
Pengkalan Hulu bukan lagi Bandar yang boleh dianggap sebagai Bandar Transit ke Baling ato ke Pekan Betong....
tapi Pengkalan Hulu kini boleh gah disebut sebagai
Pengkalan Hulu : Bandar Pelancongan Sempadan.

Antara Produk pelancongan yang ada di Pengkalan Hulu




Gua Khalid

Gambo kredit : Ipoh Echo


















Tasek Takong
Gambo Kredit : Ipoh Echo

















Kolam Air Panas / Chalet Air Panas
Gambo Kredit ; Ipoh Echo

















Kelab Golf Pengkalan Hulu

Gambo Kredit : Ipoh Echo


















Rahman Hydrauclic Tin Sdn Bhd


Kompleks Bebas Cukai di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu


 Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu

Batu Sempadan Malaysia-Thailand





Dan kalo kome berminat nak  menjelajah Pengkalan Hulu....
kome jangan segan silu untuk menghubungi Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan bercakap dengan Pegawai di Unit Pelancongan deme....
Encik Haniff Faiz Misnan (017-846 5346)

Kenangan Fam Trip Eco Adventure 2013 - Royal Belum & Gopeng


Video ini sebenonya semasa program Fam Trip Eco Adventure 2013 - Royal Belum & Gopeng pada 30 Oktober - 2 November 2013...
video amatur kenangan dalam bot dari Jeti Tasik Banding menuju ke Royal Belum....
Intro diberi oleh Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013 - Encik Zukni Yusoff...
dan Nature Guide di Taman Negeri Royal Belum .......
Pasar Tamu Koleksi Antik & Vintaj @ Kellie's Castle

Pasar Tamu Koleksi Antik & Vintaj @ Kellie's Castle



Lagi event terbaru yang akan berlangsung di Kellie's Castle, Batu Gajah...
awok salute le tokeh Kellie's Castle sekaghang ni...
banyak aktiviti yang dia buat ...
semata2 untuk naikkan pelancongan dikawasan Kellie's Castle dan di Batu Gajah amnya...
para pencinta barangan antik dan vintaj jangan lepaskan peluang utnuk dapatkan barang2 yang kome idamkan masa tarikh tu.....



Sementara tu...
bersempena dengan event Ol'Skool tu juga akan diadakan Kellie's Castle Classic Bike Day pada 4 Mei 2014 ...
apelagi..... moh kome!!!

Batu Sempadan Malaysia - Thailand


Siapa kata batu tak boleh dijadikan tarikan pelancongan?
batu pun boleh jadi tanda kepada kekuasaan sesebuah negara itu...
contoh termudah..... hahaha...
awok masih nak merujuk kepada lawatan awok ke Pengkalan Hulu baru2 ni....
harap kome jangan muntah la ye...... banyak entri Pengkalan Hulu yang keluo....

Selagi batu sempadan ni tak diubah...
Insyallah kat situ le letaknya sampei bila2.....


Batu Sempadan kat gambo diatas entri awok ni...
sebenonye merupakan batu sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu
disebelah Malaysia.....


dan di kawasan Betong di sebelah Thailand....

dan sebelum sampai ke kawasan Batu Sempadan Malaysia-Thailand ni...
kita perlu melalui pemeriksaan kastam, Imigresen dan Polis......
pada yang ber kad pengenalan 08... bolehlah buat border pass...
pada yang idak jangan lupa bawak passport kome...
ehhh.... itu cerita kalo nak menyeberang ke Betong la......
hehehee... maklumla ada yang kaki urut kan?? kan???....

oh ye... ada satu kompleks Zon Bebas Cukai dan kawasan 'bazar' untuk kome yang kaki shopping


Disini kome boleh beli bermacam2 buah....
dan bermacam baju dengan harga murah....

Kenangan program!






Sekadar  Selingan

Awok sedih sebenonye....
ye... batu sempadan ni merupakan garisan yang membezakan sesebuah kawasan itu dibawah naungan sesebuah negara....
apa yang awok sayu kan ...sebab pembahagian itulah yang membuatkan orang Melayu terpisah....
kalo kome tengok balik Sejarah.....
Betong, Pattani, Narathiwat dan beberapa lagi daerah di Thailand yang ramai orang Melayu....
kebanyakkan nya merupakan kerajaan Melayu....

idak..idak..awok bukannya rasis....
cuma sekadar mengimbas sejarah......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang