Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak


Entri ini adalah sticky post kerana Kuiz Pelancongan CC1M anjuran Tourism Malaysia Perak ini akan dilangsungkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014......



Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, sukacita dimaklumkan TOURISM MALAYSIA PERAK akan menganjurkan KUIZ PELANCONGAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA, “HAYATILAH 1MALAYSIAKU” BAGI RAKAN FB TOURISM MALAYSIA PERAK.

Soalan kuiz akan bermula pada hari ini iaitu 7 JULAI 2014 setiap Isnin dan Rabu setiap minggu. Soalan adalah berkisarkan pelancongan di dalam Malaysia.

Berikut adalah di antara terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Tourism Malaysia Perak :

1. Kakitangan Tourism Malaysia dan ahli keluarga tidak boleh menyertai.

2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan yang sah.

3. Mesti ‘liked’ Facebook Tourism Malaysia Perak.

4. Peserta hanya boleh menjawab satu soalan kuiz sahaja dan bagi yang telah memenangi kuiz tersebut tidak boleh menjawab soalan seterusnya.

5. Jawapan yang tepat dan komen yang terawal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Soalan kuiz adalah pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu.

7. Hadiah misteri dari Tourism Malaysia Perak menanti anda.

Jadi, nantikan soalan kuiz pertama pada hari ini pada bila-bila masa sahaja. Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Terima kasih pada semua rakan FB yang sentiasa menyokong Tourism Malaysia Perak amnya serta industri pelancongan di Malaysia.

28 Responses to "Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak"

  1. Lama dia tak upkan entri...akhirnya kembali jua...wah hebat hebat..

    ReplyDelete
  2. Wah.. best2...kalau sempat leh join ni.... :D

    ReplyDelete
  3. menarik ni.. agak2 klau joint tourism malaysia perak nak
    pilih saya jadi antara pemenangya x..he..he

    ReplyDelete
  4. wah...mcm rancangan who want to be a million air la pulak. salah jawapan dah tak boleh ke soalan seterusnya.

    ReplyDelete
  5. fuh.. menarik ni
    boleh cuba juga :)

    ReplyDelete
  6. wah bagus ni...jawapan ada tak dlm blog yob?? hehehe

    ReplyDelete
  7. patut macam ade dengo kat radio malaysia perak..

    ReplyDelete
  8. Waaa..seronok ni... Perak mmg best nak jenjalan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee... macam2 ada di Perak.... kena rajin explore jeeee

      Delete
  9. singgah melawat..baru ja balik dari cuti2 di perak~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah le....sebab melawat Perak.... macam2 ada kat sini kan???

      Delete
  10. Blogwalking di sini..
    Jom follow papaglamz

    http://www.papaglamz.com/?m=0

    ReplyDelete
  11. Salam blogwalking here :)

    alaa hadiah misteri tu hadiah apaaa. best takk. nak masuk ni haha

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii... dah bgtau ..tak seronok leee.. tak seprais kata orang...

      Delete
  12. menarik menarik...satu anjakan paradigma dlm industri pelancongan Perak.

    ReplyDelete
  13. laaa.. dah lama ke start.. apesal la aku baru tau..

    ReplyDelete
  14. Hi, I enjoy reading your site! Is it okay if I contact you through email? Please email me back.

    Thanks!

    Harry
    harry.roger10 gmail.com

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss