Homestay Pendiat, Bota


Homestay Pendiat , Bota merupakan salah satu homestay terbaru yang diluluskan pendaftarannya tahun lepas (2012).....
Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tepian Sungai Perak.....
Dengan keluasan kampung 3km persegi dan terletak di dalam Mukim Bota di Daerah Perak Tengah.....

Antara tarikan yang ada di kampung ini dan diwarisi zaman berzaman dan masih dipraktikkan sampei le sekaghang adalah seperti ....
permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional dan juga permainan tradisional.....
sape2 yang berpeluang ke Homestay Pendiat ni kome berpeluang merasa aktiviti air....

mane idaknye....
udah Homestay Pendiat ni betoi2 terletak di tepian Sungai Perak.....
memancing, menjala, mengagau ikan, berkayak, berakit....
dan lain2 lagi aktiviti sukan air Homestay Pendiat boleh buat...

Tambah menarik lagi...
kedudukan Homestay Pendiat yang dekat dengan Lumut, Pasir Salak serta Batu Gajah...
memudahkan pihak Homestay Pendiat menguruskan lawatan (sekiranya ada permintaan)...
ke tempat2 pelancongan seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Pusat Pembuatan Labu Pulau Tiga, Kellie's Castle dan juga ke Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim....

pada yang nak ikut pakej yang disediakan...
macam ni lebih kurang pakejnya...

- Sambutan Selamat Datang
- Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Minum Petang/Makan Malam
- Penginapan di rumah keluarga angkat
- Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

dan diantara aktiviti nya

- Lawatan ke IKS (Industri Kecil dan Sederhana)
- Persembahan Kebudayan
- Lawatan sekitar kampung menaiki bot
- Sukan Rakyat
- Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan

- Penyerahan Cenderamata

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila berhubung dengan
Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056
Batu 7 3/4
Kg Pendiat, Bota Kanan
32600 Bota, Perak

Tel : 017-579 6251
Facebook:  Facebook Homestay Pendiat
Email : homestaypendiat@yahoo.com


3 Responses to "Homestay Pendiat, Bota"

  1. rumah tu comel sangat...tradisional..

    kalau pergi berkumpulan mmg seronok dengan bermacam aktiviti...

    ReplyDelete
  2. aje nye yeee..... berkumpulan mmg best..... lagi pulak yg satu kepala...... bestttt

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss