ada yang tanya pada awok...
Gunung Tempurung dengan Gua Tempurung ni tempat yang sama ke???
Sebabnya Gua Tempurung lebih popular kalo dibandingkan dengan Gunung Tempurung...
sebenonye situasi dia macam ni...
Gua Tempurung tu terletak di Gunung Tempurung....
dan Gua Tempurung tu sebahagian dari Gunung Tempurung,,,,
daghi sebelah highway PLUS kome udah boleh nampak satu gunung yang menyerupai Tempurung ditelangkupkan......
janganlah kome risau...
sebabnya...
kebakaran yang berlaku disebabkan petir ni tak melibatkan Gua Tempurung...
dan tak membawak ke Gua Tempurung pun......
tapi kalo kome tak yakin jugak...
awok bagi no telefon untuk kome hubungi untuk maklumat lanjut.
APT Consortium Sdn Bhd - syarikat yang mengusahakan Gua Tempurung....
012-554 9830 (Shahril)
Entri awok berkenaan Gua Tempurung sebelum ni....
Gua Tempurung
KAMPAR - Anggota Bomba dan Penyelamat hari ini meneruskan tugasan mengawal kebakaran hutan di Gunung Tempurung berhampiran Kampung Sungai Siput Selatan di sini.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Yahaya Madis berkata anggotanya menggunakan empat 'Fix Monitor Nozzle' untuk mengawal kebakaran yang mungkin merebak sehingga ke pinggir gunung tersebut disebabkan serpihan bara api.
"Ini kerana faktor cuaca kering dan berangin menyebabkan kebakaran mudah merebak dalam kelompok kecil di kawasan bersebelahan. Kita mengesan terdapat dua kelompok kebakaran berlaku di Gunung Tempurung ini dengan jarak antara 150 meter dan 300 meter dari kaki gunung," katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi pemantauan dan pemadaman kebakaran di kawasan tersebut hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, anggotanya mengawal dan memantau di bahagian kaki gunung untuk mengelak berlakunya tompokan kebakaran di bahagian pinggir gunung.
Unit Udara Bomba mengenal pasti bahawa kaedah 'bumby bucket' dilihat kurang sesuai digunakan untuk memadam kebakaran, katanya.
"Agak sukar untuk menggunakan helikopter dengan membawa 'bumby bucket' selain faktor geografi kerana khuatir semburan air dari helikopter menjejaskan penduduk berhampiran," katanya.
Yahaya berkata 24 anggota bertugas secara bergilir-gilir bagi memantau pergerakan api walaupun gunung tersebut jauh dari kawasan penempatan serta kawasan pelancongan Gua Tempurung.
"Gua Tempurung terletak lebih satu kilometer dari lokasi kejadian dan tidak membahayakan pelancong yang mengunjungi pusat pelancongan di daerah Kampar ini," katanya.
Jumaat lepas, lebih 1.6 hektar hutan Gunung Tempurung terbakar dipercayai selepas sebatang pokok dipanah petir dalam kejadian kira-kira jam 7.49 malam.
Operasi pemadaman tidak dapat dijalankan berikutan struktur bukit batu kapur itu tidak stabil dan sangat curam selain terdapat runtuhan batu-batu kapur yang panas akibat kesan kebakaran itu.
Anggota Bomba dan Penyelamat Kampar membuat khemah operasi di kawasan berkenaan sehingga hari ini untuk menjalankan pemantauan kebakaran secara berterusan. - Bernama

Dipetik dari Sinar Harian Online 19 Februari 2014
baru tahu.. selalunya sebut gua tempurung je..
ReplyDeletesama le awok pun cik Mizz Aiza... selalu sebut Gua Tempurung.... tak tau pun Gua Tempurung tu letaknye kat Gunung Tempurung....
Deleteaah kan...memang gua tempurung tu dlm gunung tempurung..
ReplyDeleteitu le.. tapi ramai yang konpius sebab Guan Tempurung tu lebih popular daghi Gunung Tempurung.....
DeleteSalam Yop... mike udoh lame tau..hehehe... tapi leh pikir kan.. Gua @ gunung.. same kan tempatnye... kalo cam tempurung tu la Gua.. hehehehe... tapi mmg awok riso kalo tebako tebako ni... payoh tu nak padam.. kawasan gitu...ape pun.. kita same2 doa..tak la merebak.. melarat...
ReplyDeleteWalikumussalam..... hehehe.... kighe logik je.. Gua Tempurung = Gunung Tempurung... mesti berkaitan... kan.... Insyallah...kalo ikut kata Bomba.... setel le api kat Gunung Tempurung ni..... mintak2 le hujan turun sehaghi dua ni...
Delete