Rupa Kulat Sisir yang dah dimasak.... |
Antara bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat Kulat Sisir.... |
Ini le rupa Kulat Sisir tu... banyak ada kat batang kayu mati.... |
tak kira le kena tebang ke... tumbang atopon patah....
paling mudah didapati masa musim hujan.....banyak!!!
(agaknya inile sebab ngape ada pepatah : seperti cendawan tumbuh dimusim hujan) .....
Kesukaran untuk mendapatkan bahan utama bagi masakan ini menjadikan masakan ini salah satu menu yang hampir pupus....
Bahkan juga, kulat ini harus dibersihkan dengan betul kerana ianya mempunyai racun.....
Kulat Sisir ini juga banyak khasiatnya, serta dipercayai mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser....
Ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan...
Selain itu , ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang......
Khasiat yang terdapat dalam Kulat Sisir mampu melindungi dan mengawal hati....
Sumber/Bahan :
Kulat Sisir, Santan Kelapa, Cili Merah, Bawang Merah/Kecil, Udang, Ikan Bilis, Kunyit dan Garam
Cara Membuat :
Kulat Sisir direndam dan dibuang pangkalnya....
Cili ditumbuk lumat....
Kemudian, semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak bersama di atas api kecil sehingga masak.....
Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini ...
Penjan Ubi
sedapppp..buat masak lemak.
ReplyDeletetapi lama dah tak jumpa.
heharap jangan teringin..jenuh nak mencariknya nanti. Huhu
Hahahahha..... biase kalo teringin ru ada 'isi'.... hahhaha... kalo nk beli kulat sisir ni mmg jenuh nk cari.... silap2 yg biasa jual ulam2an ni pn x kenal kulat sisir
DeletePAYAH NAK DAPAT KULAT SISIR NI YOP......
ReplyDeleteBetoi... kat kg pn dh payah nk dpt dh cik eMMe......
Delete