Teater di Ipoh


Pada yang anggap scene teater di Ipoh malap....
kome boleh fikir semula...
walopon mungkin tak semeriah di Lembah Klang...
tetapi dengan khalayak yang terhad....
scene teater di Ipoh masih mampu mementaskan sekurang-kurangnya 1 - 2 buah teater sebulan....

Walopon sebelum ini sudah ada 2 - 3 buah teater dipentaskan tahun ini di Ipoh...
tapi pada awok Teater Muzika Ramlee memulakan trend....
betoi2 mengejutkan khalayak/peminat/penonton teater di Ipoh....
dan mencetuskan minat masyarakat menonton teater.....
agak mengejutkan juga dengan promosi yang terhad ......
ruang di Auditorium JKKN Perak penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri.......



Momentum itu diteruskan pula dengan pementasan teater Gelanggang Tuk Wali...
walopon konsepnya bukanlah muzikal...
tetapi masih mampu menarik audien yang ramai untuk kedua-dua malam pada 26 & 27 September yang lalu...... 
(nantikan reviu awok mengenai Teater Gelanggan Tuk Wali ni).....

Pihak Persatuan Seniman Anak Perak (SNAP) juga berjaya mementaskan sebuat teater ...
yang bertajuk Degup pada 17 - 18 Oktober 2014 yang lalu......
Degup yang agak mendalam masih mampu menarik penonton yang agak ramai menonton teater ini...






Badan Budaya Perak akan mementaskan Teater SEDAR bermula pada 24 & 25 Oktober 2014 ....
awok tak pernah lagi menonton teater yang berbentuk komedi....
selama awok menonton teater elemen komedi hanya sedikit ataupun sekadar tempelan untuk sesebuah teater itu....
tak sabo pulak nak menonton teater bentuk komedi ni......





Pada 31 Oktober & 1 November 2014 pula...
akan dipentaskan Teater Muzikal Kaduk...
msaih lagi dipentaskan di Auditorium JKKN Perak...
bermula pada 8.30 malam....


Dalam perancangan pihak JKKN Perak...
Insyallah akan dipentaskan teater kanak-kanak yang dijangka akan dipentaskan pada bulan November  2014.....
Selain itu, teater Muzikal Saloma dijangka akan dipentaskan pada bulan Disember 2014....
Terima kasih dan tahniah pada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perak...
yang tak jemu-jemu memartabatkan seni teater di negeri Perak khususnya......

6 Responses to "Teater di Ipoh"

  1. lama beno ghasenya idok nengok teater...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia. jangan mule.. udah mule.... jatuh cinta.... macam tu le awok dengan teater....

      Delete
  2. CN rasanya pernah tonton teater sekali ja. dah bertahun dulu. zaman2 sekolah. dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii.. udah berkurun tuuu.... macam awok kabo.. jangan mule balik.. kang jadi ketagih

      Delete
    2. hehe. betul2..sblm ni CN ketagih p tonton konsert orkestra MPO. since sebelum ni selalu dpt free ticket, terjebak juga la CN dgn muzik2 orkestra ni. Ni pun ada member ajak tengok teater juga :D

      Delete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang