Friday, May 17, 2013

Guru Malaysia, 1 Aspirasi, 1 Agenda

Ermm...
kalo tak sebab Khutbah Jumaat tadi ni...
hagham awok tak tau pun tema Hari Guru 2013 ni....

awok tau Hari Guru disambut minggu ni...
itupun disebabkan anak daghe awok...
yang sekolah tadika tu...

asyik mintak awok carikan lagu Najwa Latiff dengan Upin & Ipin ......
Terima Kasih Cikgu......


Layannnn.....

Tetibe awok terpikio...
sape le yang bagi cadangan tema Hari Guru ni kan...
terus awok mintak tolong Encik google...
dan ini jawapan nye....
 awok dapat daghi website Kementerian Pelajaran.....

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan 
berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan 
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang 
mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran 
memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah 
sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard 
antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam 
kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan 
PPPM 2013-2025.  
Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai 
satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan 
Falsasah Pendidikan Negara.


Walo macam mane hebat pun kome...
Engineer, Menteri, Lawyer ....
dan ape jenih koje kome pun.....

Cikgu le antaghe yang mencorak kan kome....
menjadi oghang.....
jadinye....... 
kenang jase Cikgu kome.....

P/S: udah tue2 ni le baghu teghase sentimental......
terkenang zaman sekolah dulu.....

P/S 1: sesekali layan ceghite lain daghi Pelancongan kan......

No comments:

Post a Comment

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal.com