Bolasepak

(Catatan ini akan menggunakan Bahasa Melayu Standard : Baca ikut buku)

Errmmm....kekadang aku terfikir, kenapalah aku suka sangat dengan bolasepak.....
kan lebih baik kalau aku minat dengan sukan golf, tennis ataupun skuasy.......
macam golf......
tak kira la kalau kita jadi peserta dan berakhir di nombor mana pun......
ganjaran wang ringgit tetap ada..........

kalau bola selain dari juara adn naib juara je la yg dapat hadiah....
yang lain melangut je la tengok.....

tapi tu la......kepuasan bila dapat menonton bolasepak tu tak dapat digambarkan.....tak dapat diceritakan......
tambah pulak kalau dapat bermain bolasepak atau yang berkaitan seperti futsal....
sesiapa yang sealiran dengan aku, tahu bagaimana perasaan peminat, penonton, penyokong, pemain dan pengkagum bolasepak..........Priceless kata satu iklan tu.....

aku mula berjinak-jinak menonton bolasepak distadium semasa sekolah rendah lagi......
mentor aku masa tu....Arwah Ayah aku sendiri .......
punya hardcore la Ayah aku masa tu.....
sehinggakan Perak bermain di Stadium Lumut pun satu kampung kami akan ke sana.........
Ayah aku berhenti pergi ke stadium apabila rasuah besar-besaran melanda Liga Malaysia pada 1995........
kemarahan Ayah aku sehingga lah beliau meninggal dunia pada 2005......

Bolasepak Inggeris ataupun nama popularnya English Premier League (EPL) pula diperkenalkan kepada aku oleh jiran aku dikampung dulu.......
Beliau yang merupakan pemain Kelab Bank Bumiputra (bermain Piala Gabenor & Piala FAM)ketika itulah yg bertanggungjawab menterjerumuskan aku ke dalam EPL......
Kebetulan pulak pada tahun tu (1992) EPL pertama kali ditubuhkan....

Kelab pertama yg aku minat sebenarnya bukanlah Liverpool FC tetapi Wimbledon FC .....
aku paling tak sabar menunggu Crazy Gangs beraksi......Vinny Jones (aktif berlakon sekarang ni), John Fashanu, Lawrie Sanchez (Dennis Wise masa ni dah bermain dengan Chelsea)......... dan sehingga kini aku masih mengikuti perjalanan kelab ini....walaupun Wimbledon FC telahpun berkubur dah penyokong mereka menubuhkan AFC Wimbledon.........

Errr...catatan ini sebenarnya sempena EPL 2010/2011 yang akan bermula malam esok.....
EPL...EPL juga.......Bolasepak Malaysia jangan kita lupakan....

0 Response to "Bolasepak"

Post a Comment

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang