Malaysia Mesra Pelancong Muslim

Awok bangge....

Malaysia mesra pelancong Muslim

Singapura: Malaysia berada di tempat teratas senarai destinasi paling mesra bagi pelancong Muslim.
Malaysia diikuti Emiriah Arab Bersatu, Turki, Indonesia dan Arab Saudi dalam senarai tahun ini untuk destinasi percutian halal yang dikeluarkan Crescentrating, pakar pelancongan Muslim berpejabat di Singapura. 

Bagaimanapun, menurut hasil kaji selidik yang diumumkan di Singapura semalam, Jepun menunjukkan peningkatan terbaik dalam usaha untuk meraih keuntungan daripada pasaran pelancongan Muslim yang semakin meningkat. 

Kajian itu mengambil kira tumpuan yang diberikan kepada keperluan pelancong Muslim termasuk kewujudan restoran halal dengan daging yang disembelih mengikut syariah dan penyediaan tempat solat di lapangan terbang, pusat beli-belah serta hotel.

Ketua Eksekutif Crescentrating Fazal Bahardeen berkata, semakin banyak destinasi pelancongan kini berminat menarik kedatangan pelancong Muslim dengan menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan pelancong beragama Islam.

Di Malaysia, katanya, pusat pelancongan Islam negara itu mengambil langkah berterusan bagi membimbing industri berkenaan mengenai cara untuk memenuhi keperluan pelancong beragama Islam. 

Dia berkata, pasaran pelancongan Muslim mencecah AS$140 bilion tahun lalu, mewakili hampir 13 peratus daripada pasaran pelancongan global. Ia dijangka meningkat hingga AS$200 bilion menjelang 2020. 

Jepun berada di tangga ke 40 di antara 60 negara yang disenaraikan, meningkat 10 anak tangga dari kedudukan ke-50 tahun lalu. 

“Tokyo dilihat sebagai destinasi paling aktif memberi tumpuan kepada pelancong Muslim sepanjang tahun lalu. Ia melancarkan beberapa daya usaha, daripada program kesedaran hingga kepada penerbitan panduan pelancongan Muslim di negara itu. 

Singapura menduduki tangga keenam dalam senarai itu dan menjadi satu-satunya negara bukan Islam di 10 tempat teratas diikuti oleh Maghribi, Jordan, Qatar dan Tunisia. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19
Sumber Harian Metro Online 19 Februari 2014 

2 Responses to "Malaysia Mesra Pelancong Muslim"

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang