Terowong Gelap, Padang Rengas

Ok.. Entri kali ni pun berkait dengan lawatan/rombongan awok ke Parlimen Padang Rengas baghu2 ni....
Entri kali ni berkait dengan Terowong Gelap.....
ada 3 Terowong Gelap yang beghade disini.....
yang awok pergi ni kighe salah satu daghi yang dijangka akan dibangunkan untuk tujuan pelancongan.....

Terowong gelap ni sebenonye merupakan terowong keretapi di Bukit Berapit, Kuala Kangsar yang telah wujud daghi tahun 1905 lagi..........
dan tidak digunakan sekaghang ni bermula daghi 1989......
ok...pandangan awok camni...
deme baikpulih dulu stesyen Keretapi Bukit Berapit ni...

dan kalo boleh deme cuba dapatkan balik suasana Stesyen tu macam dulu2...
baghu betoi retro....
ini yang awok perhatikan .....
Stesyen lama Bukit Berapit ni tunggu masa je nak roboh.....
dindingnya habis takde.....
awok tak sampei hati nak letak gambo Stesyen Bukit Berapit tu sekaghang....

lagi satu ditepi jalan lama Stesyen Bukit Berapit ni ada kawasan air terjun....
walopon tak beso.....
tapi kalo dimajukan.....
dan kawasan Stesyen Keretapi Bukit Berapit ni diselenggara dan dibersihkan.....
Insyallah oghang akan datang...
alaaa...bab2 mistik tu kita boleh tangani.....

buka kedai makan ke?
buat muzium mini ke....
perghhh......

apa yang awok tau pihak Rail Tourism Association of Malaysia (RTAM) ...
ada bercadang nak membangunkan tempat ni.....
dan awok harap kalo betoi le deme nak majukan tempat ni...
buatle dengan betoi...
setiap sen atau dana yang dapat tu digunakan sebaik boleh....

Keadaan Kuarters lama Stesyen Keretapi Bukit Berapit yang ditinggeikan...
sayang betoi....
kalo le semua oghang think Tourism, act tourism..... apa yang lama...ada nilai sejarah...dan ada nilai pada Pelancongan...
Keadaan Stesyen Keretapi Bukit Berapit daghi jauh....
kome tengok...sayang betoi le ....tak dijaga.....
Alang2 sampei ni....
bergambo sebelum ke terowong gelap....
rare ni kome....
Rasa macam budak sekolah le pulak...
berbaris panjang nak sampei ke terowong.....
berjalan kaki  ada dalam 150 meter jugak ni...
Dah sampei.....
tengok sikit punye gelap ke terowong ni...

Gamaknye terowong gelap ni berada di kilometer 109.75 le kot...
kalo ikut ukuran bacaan keretapi....
errr...awok hentam je....
Gambo daghi dalam ke luo terowong.....
ada cahaya di hujung terowong...

Takpe apa2 entiti kan kat belakang awok???..
belakang awok tu memang gelap....
sebab kan kamera ni ada speed light je....
kalo takkkkkk.....ermmmmm
Errr.....macam mana nak jadikan terowong ni produk pelancongan??
kome ada idea???...

Kome nampak rel keretapi yang ada tu....
kalo ditinggei dan tak dijaga....
memang kompem bakei hilang...
yang awok peghatikan...
besi2 & paku penahan rel udah mule hilang sikit demi sedikit.....


Atas tu Highway Plus....
jalannya yang berbukit nak ke Kilang Simen tepi highway tu je....



Sementara itu, kat bawah ni awok copypaste dari akhbar Sinar Harian artikel berkaitan Terowong Gelap ni...

"Terowong kereta api lama itu akan dibangun jadi tarikan baharu Padang Rengas
PADANG RENGAS – Terowong kereta api lama berhampiran Bukit Berapit, di sini yang wujud sejak 1905 akan dibangunkan dan dijadikan satu tarikan pelancongann dalam tempoh terdekat. Terkenal dengan jolokan ‘Lubang Gelap’ dalam kalangan penduduk setempat, terowong yang tidak lagi digunakan sejak 1989 itu adalah antara monument bersejarah yang terdapat di kawasan Padang Rengas. Terowong tersebut bakal dibangunkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi satu projek yang diketuai SIti Nolizawati Narawin. Siti Norlizawati berkata, tinggalan berkenaan berpotensi tinggi untuk dibangunkas kerana nilai sejarah dimiliki dan kepentingannya kepada keselamatan negara pada masa dahulu. Katanya, sekitar lokasi terowong tersebut adalah kawasan strategic perang, justeru ramai komunis menjadikannya kubu padan zaman darurat."
Dipetik dari akhbar Sinar Harian 4 Februari 2014

6 Responses to "Terowong Gelap, Padang Rengas"

  1. seram pula tengok suasana terowong gelap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu le.... tgk pun dh seram... gelap sangat... kalo tak bawak lampu mmg tak nampak langsung..

      Delete
  2. memang bahan2 sejarah ni...sayang je menten betui2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dijaga...Insyallah tempat ni akan jadi cantik.... tapiiiiii......... Malaysia kan!!!.... mula2 ok... tapi nak kekalkan maintain....payah nak cakap..

      Delete
  3. Abang, saya nak tanya, tempat ini sebelum kilang simen kan, dekat mana ia? Google Map susah cari

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang