Layan Je

Gambo dan ceghite dibawah takde kene mengene

Ghasenye ade yang penah dapat bende2 kat bawah ni.......
tapi ...kome layan je leeee

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan
terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan
satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali
sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada
tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan
memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik
di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga
bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga
boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba
untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.

9 Responses to "Layan Je"

  1. hehhe...ni citer lawak saintis ekk yop? hehehe....

    ReplyDelete
  2. cop cop dni tak senyum.. haha lariksssssssss

    ReplyDelete
  3. hihihi..best2!menceriakan petang senin ni..=)

    ReplyDelete
  4. dah pernah baca nih...layan je la yoep...hahaha...
    eh, gambar atas tu lawak la yoep...:P

    ReplyDelete
  5. Salam Yob Shahril,
    Tahukah anda banyak orang suka makan tahu tapi tak tahu nak buat tahu!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam Yob, tau tak sapa Acik naik motor tu? Ropa dia cam bekas PM Sri Lanka, Puan Bandaranaike...

    ReplyDelete
  7. Harharhar... mmg layan...


    Yeke tak bley sentuh tinge ngan siku.... takpe jap lagi aku test... huhuhu...

    ReplyDelete
  8. @cik eMMe...
    heheh...entahle aowk dapat pun daghi email awok

    @cik Dni...
    nasib baik smepat laghi....kalo takkkkkkkk

    @cik Kalamhati...
    sesekali bergurooo

    @cik FIqas...
    laaaayyyyaaaaaannnnnn jeeeeee

    @Kak Halima
    kompem kene letak no 15 tuu...
    ghasenye le kak Halima..... betoi le diaaa...

    @Abg Jonni...
    kalo terer terai buat...sampei ke idak???

    ReplyDelete
  9. yeop, gambo pompuan india tu gambo di mesia ke di india?? klasik sungguh..

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang