ASN/ASB = J/K Fatwa Negeri Selangor vs Majlis Fatwa Kebangsaan

 Gambo daghi (dari) gugel

Baghu2 (baru2) banyak blog yang paparkan sughat (surat)Majlis Mufti Negeri Selangor berkenaan dengan status ASN/ASB.......
ghamei (ramai) le yang penin nak keluo kan duit deme kat ASN/ASB......
tapi dalam mase same pulak awok terjumpe pulak fatwa yang dikeluokan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pade tahun 2008......

juge pasei status ASN/ASB ni.....
kat bawah ni awok serta kan jugak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan....
berkenaan dengan isu ini....

"Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
"
kome bulih jugak rujok ke sini untok pengesahan .... 
Status ASN/ASB oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

dibawah ni pulak awok sertakan sughat (surat) Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor mengenai isu ini......
terpulang le pade kome untok menilei (menilai)......
kalo kome maleh (malas) ato (atau) tak percaye...
kome bulih je klik ke sini Status ASN/ASB oleh J/K Fatwa Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR KALI KE 2/2011
( 14 JUN 2011M/8 JAMADIL ULA 1432H )

KEPUTUSAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN

1. KERTAS KERJA PENILAIAN SEMULA HUKUM PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL ( ASN ) DAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA ( ASB ) DAN SEUMPAMANYA;
KEPUTUSAN ;

i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

a. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

11 Responses to "ASN/ASB = J/K Fatwa Negeri Selangor vs Majlis Fatwa Kebangsaan"

  1. dah lama berenti menabung asb lepas baca n3 suziey.com pasal ni

    ReplyDelete
  2. ada tak diorang masukkan dalam suratkhabar harian muka depan,besar-besar punya..biar orang islam yang tak tahu boleh baca..

    ReplyDelete
  3. pening nak mikir jugak ni... saya dah lama tak menabung dalam ni...

    ReplyDelete
  4. udah haram pulak.. ate dari dulu nape dibuat.. udah nyusahkan rakyat plak.. penin..

    ReplyDelete
  5. kalo ckp pasal tabungan halal haram ni.. actually byk lagi simpanan perbankan yg shubhah, tp masih juga ramai org Islam yg masuk.. camana???

    kalo ni betul2 haram, harap masukkan ke dlm suratkhabar utama & letakkan di muka depan.. supaya ade pakcik2 yg setiap hari menabung ke pej pos tak kaciwa & patah hati dgn hal yg seumpama mcm ni..

    ReplyDelete
  6. Hurm.
    Tak reti nak ckp pasal menda ni.
    Sng2 masuk kat Tabung Haji je lah seme.
    Takat ni blum kuarkan pun lagi duit kat ASB tu. Pulak tu da ptg gaji lak trus ke dlm akaun ASB.
    Hurm lagi skali.

    ReplyDelete
  7. tabung haji pun pernah beberapa tahun ada saham dekat lumba kuda. bila melabur tu hati-hati je lah. kalau ikut hukum, bila dah tahu pelaburan kita tu bercampur dengan yang haram, maka dividennya haram untuk kita, tetapi jangan ditinggalkan kerana takut ia terus digunakan untuk perkara syubhah maka zakatkan ia kepada fakir. tapi biasanya walaupun tau haram, kita mesti buat jugak kan? beli kereta, rumah semua paai riba'. sebab tu lah dalam hadis cakap, yang ahli syurga tu cuma 1 dari seribu (0.001 peratus) manusia. pilih je lah kita nak berada dalam golongan yang mana. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. huhu.. memang pening.. tak tahu dah nak buat cam mana..

    ReplyDelete
  9. Ngaper keputusannya tak perlu diwartakan? Dalam laman sesawang muftiselangor pun takder terkandung dalam ruangan fatwa terkini. Baru shj lepas jenguk (15 Ogos 2011)

    ReplyDelete
  10. Tepuk dada tanya iman. Mungkin dah masa kena berhijrah dan boleh kembali semula sekira pelaburannya dah bersih. Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Sembang