Entri ke Seribu

Entri ke Seribu



Alhamdulillah.....
akhirnya setelah 6 tahun.....
blog awok ni bersiaran.....
akhirnya....

awok telah menulis entri yang ke 1000 ...
blog awok ni ada pasang surutnya....
adakala banyak entri awok naikkan sehaghi....
dan selalu jugak blog awok tinggeikan tak dikemaskini....

kadangkala.. .
semangat nak menulis tu takdel langsung ..
dan ada jugak semangat tu membara...
dan idea pun laju je macam ayo....

Terima kasih pada semua yang masih sudi bertandang ke blog picisan awok ni....
kedatangan kome...komen kome dan juga tegur sapa kome di cbox menaikkan semangat awok menulis....
terima kasih...terima kasih.... terima kasih...
tak terbalas jasa kome....

teringat entri pertama awok dulu....
teghasemacam lawak je....

Muzium Perak, Taiping

_________________________________________________________________________________

Haghi Sabtu yang lepas (29/03/2014)....
masa tu awok udah kebah demam....
dan dalam perjalanan balik ke Ipoh masa tu...
awok sefamili singgah ke Muzium Perak yang terletak di Taiping.....

kalo kome nak tau lebih lanjut pasei Muzium Perak, Taiping  ni..... 
kome boleh ke sini ....dan jugak ke sini ....
sebab apa ..... kalo kome udah klik link yang awok bagi kat atas ni...
awok tak payah dah ceghite sejarah Muzium ni....

sejarahnya panjang..... daghi 1883 lagi....
kebetulan masa awok ke Muzium Perak, Taiping baghu ni...
deme udah mula bukak Muzium ni untuk kunjungan awam pada waktu malam.....
sehingga pukoi 10.00 malam.....
kalo ikut rancangan deme....
Muzium ni akan dibuka pada waktu malam pada setiap Haghi Sabtu minggu terakhir setiap bulan...
tapi jika mendapat sambutan....
mungkin akan dilanjutkan ataupun di tambah hari lawatannya.....

masa awok melawat Muzium Perak, Taiping ni.....
deme sedang membuat pameran 130tahun Muzium Perak, Taiping......
ape lagi....
pada yang berkesempatan pergilah melawat Muzium Perak, Taiping.....





Murah je tiket masuk nya...
RM2.00 untuk dewasa......
Kanak2 dengan myKid percuma.....
di Muzium Perak, Taiping ni juga ada disediakan Wifi secaghe percuma.....
dan kita juga dibenarkan untuk mengambil gambo di dalam muzium....
tak macam sebelum ni..... jangan haghap le... nak dapat tangkap gambo...





Gambo2 Muzium Perak, Taiping bermula dari tahun 1890 an ....
sehingga yang terkini.....







Awok nak tunjukkan bangunan tambahan di Muzium Perak, Taiping yang dibina pada tahun 1900


Tandas yang selesa dan bersih



Anak dara awok....
beriya-riya dia menangkap gambo...

Pasar Kemboja - Bila udah kebah



Awok la ni kat sini...   (cuba tukaq slang Utara)
Sapa yang dok selalu pi Pasar Kemboja ..
taula tempat ni......
Mem awok ni mentang2 le awok udah kebah sikit....

tapi macam biasa awok cari kedai makan...
hajat hati nak makan laksa Penang....
tapi..  banyak udah habis....
errrrrmmmm

sejak2 deme tuko haghi meniaga kepada Hari Sabtu..
makin sesak tempat ni.
kalo dulu dekat2 pukoi 12 ni..
deme udah gulung tikar habis berniaga....
sekarang......pukoi 12 makin rancak deme berniaga.....

ishhhh......mana le mem awok ni......
hihihi
Demam

Demam

Alahai....
awok mula Rabu minggu ni bercuti.....
dan macam2 plan awok cuti ni....

tapi itulah....
kita merancang....
Allah yang tentukan....

awok demam.....
dan senua plan tergendala....
blog awok pun tak berupdate.....
komen kengkawan pun awok tak balas....

Insyallah...
kalo dah kebah....
awok cover balik......

Redho Atas KetentuanNya



Awok yang sebenonye nak up kan entri lain pagi ni........
tapi disebabkan oleh berita yang sedih yang Malaysia dapat malam tadi...
awok tangguhkan dulu entri awok.....

berita yang kita semua rakyat Malaysia tak nak dengo...
dah pun terjadi....
walopon serpihan MH370 ni belum betoi2 dijumpai....
tapi berdasarkan rujukan satelit perjalanan terakhir MH370.....

walopon harapan tipis.....
awok dan rakyat Malaysia masih berharap keajaiban akan berlaku....
dan bermula daghi haghi ini....
header blog awok akan berwarna kelabu sehingga ke tarikh yang awok tak tau bila......
sebagei berkongsi rasa sedih keluarga dan rakyat Malaysia ateh kejadian yang menimpa MH370.....
Semangat dengan kederat tak seiring

Semangat dengan kederat tak seiring

Wahhh...tajuk entri awok kali ni lain macam sikit.....
Ceritanya camni...
Awok baghu je sampei daghi Kolumpo malam tadi....
Opis Awok ada anjurkan pertandingan futsal antaghe bahagian...

kalo dulu awok takde masalah nak berlari tak beghenti setiap masa dalan padang...
tapi sekaghang bila umor udah masok tahap pertengahan 3 series ni....
semangat dengan niat masih macam dulu....
tapi tang kederat....alahaiiiiiiiii......
udah kata tak boleh....hikhikhikhik....

awok kena sedo dighi dah niiiiiii....
takpele asei kan sihat lagi ok le....
#prayforMH370 - Ready for the Worst

#prayforMH370 - Ready for the Worst



Awok baghu tau pasei pihak Australia terjumpa 2 objek yang dipercayai serpihan MH370...
dalam masa yang sama pulak...
Malaysia dah sahkan ini maklumat yang paling boleh dipercayai...

bayangkan kalo betoi le itu MH370.....
apa keadaan dan perasaan nya bila kita sebagai keluarga mangsa...
dapat tau berita buruk ni....

walopon sebelum ini harapan tu masih ada...
untuk semua mangsa masih hidup....

awok masih berharap.....
walopon tipis....
agar serpihan yang dijumpai tu bukan MH370....
dan semua kru dan penumpang MH370 masih selamat....

Insyallah.....


Muzium Pendidikan Nasional, Tanjung Malim

Muzium Pendidikan Nasional, Tanjung Malim

Senarai Muzium Sebelum ini :-
Muzium Beruas
Muzium Geologi Ipoh
Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Kampar
Muzium Gopeng
Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
________________________________________________________________________________

Muzium Pendidikan Nasional yang terletak di Tanjung Malim...
merupakan sebuah muzium yang dikelola oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris...
tak susah kome nak cari....
sebabnya Muzium ni betoi2 terletak dalam kawasan UPSI.....

lecehnye... kome kene mengadap Pak Gad dulu...
baghu le bulih masuk ke dalam ni....
tapi takpe... kome kabo je nak melawat Muzium...
Insyallah lepas...

tapi kalo kome nak datang dalam kumpulan yang ramai....
kome digalakkan menuklis sedikit surat kepada Pengarah Muzium ni....
bukan apa...
sekughang2 nye nanti ada pegawai yang boleh memberi sedikit penerangan nanti semasa lawatan kumpulan kome tu...

oh yea... Muzium Pendidikan Nasional ni dibuka daghi pukoi 9.00 pagi sehingga ke 4.00 petang setiap hari....
tiada caj atau bayaran dikenakan untuk masuk ke sini....
kalo kome nak tengok balik buku Bahasa Melayu ato matapelajaran lain masa kome darjah satu dulu...
Insyallah kome akan jumpe kat sini....

selain tu Muzium ni juga dihias mengikut tema...
dan tema ni kebiasaanya akan bertahan di Muzium Pendidikan Nasional ni untuk tempoh 3  - 4 bulan...
kebetulan masa lawatan awok ni...
temanya ialah pakaian tradisional setiap negeri......
kome agak le kan.... sape le yang menghias muzium ni???
jangan lupa... Muzium ni dalam kawasan UPSI....
deme guna le pelajar UPSI yang ada .....
kekekek....jimat belanja....

dikabokan jugak.....
bermula daghi bulan depan deme akan bertuko tema...
tema pameran akan datang adalah berkaitan dengan Profesor Awang Had Salleh...
sape dia tu??? kome caghi le sendighi.... hihkhihkhihk.....
kat bawah ni awok letak sedikit gambonya...
kang letak banyak kang...
kome tak nak pergi melawat pulak....


Bangunan Muzium Pendidikan Nasional


Kawasan dalam Muzium...








Kuale Fun Ride 2014

Kuale Fun Ride 2014


Ok.. kalo sebelum ini ada awok buat hebahan untuk kaki gunung...
sekaghang ni awok nak buat hebahan untuk kaki basikal pulak....
seperti banner kat ateh ni...
awok nak memaklumkan pada kome semua...

Aktiviti berbasikal di Kuala Kangsar pada 29 Mac 2014 ni nanti...
bile udah dinamakan fun ride...
tujuan utama nya adalah untuk berseronok dan santai...
dan paling utama....

peserta akan melewati beberapa kawasan sejarah/penting di Kuala Kangsar...
dan ada tempatnya yang pernah awok naik kan entri nya di blog awok ni...
jadinye ape lagi....
cepat2 le kome mendaftar....

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Senarai Muzium Sebelum ini :-
Muzium Beruas
Muzium Geologi Ipoh
Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Kampar
Muzium Gopeng
Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

_________________________________________________________________________________

Ini berkaitan dengan gambo Wordless Wednesday semalam....
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong atopon sebelum ini dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lenggong....
terletak di Kota Tampan di kawasan Lenggong.....
Jika sebelum ini Galeri ini diselia oleh Jabatan Muzium Malaysia...
kini setelah Lembah Lenggong mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.....
Galeri ini diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara.....

apa yang membuatkan Galeri ini lebih istimewa adalah kerana rangka PerakMan yang ditemui di Gua Gunung Runtuh...
ini rangka original ni kome......
dan rangka PerakMan ni baghu je balik kesini setelah lama disimpan di Muzium Negara......

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Jabatan Warisan Negara
33400, Kota Tampan
Lenggong, Perak.
No. Tel: 05-7679700

Galeri ini dibuka kepada awam dan tiada caj yang dikenakan....
selain itu, Galeri juga dibuka setiap hari kecuali Cuti Hari Raya Pertama.....
dan dibuka dari 9.00 pagi - 5.00 petang.....

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ni terbahagi kepada 3...
yang dua tempat tu.... bangunan beso yang kita tengok tu...
bangunan sebelah kanan.... dan disebelah kighi...
dalam tu macam2 benda berkaitan dengan sejarah arkeologi dikawasan ini ditunjukkan....

satu lagi bahagian adalah di luo Galeri ini...
dimana letaknya Taman Geologi...
Taman Geologi ni menempatkan kawasan permulaan tapak ekskavasi dilakukan...
dan kome boleh tengok kesan-kesan tinggalan deme mencarigali tinggalan sejarah....
disini juga ditempatkan sebuah menara pandang .....

macam biasa....
kome layan gambo2 yang awok letak kat bawah ni.....
awok tak boleh le letak banyak sangat...
nanti kome takmo datang pulak...

Lembah Lenggong



Lembah Lenggong




Dayang Nurfaizah??? hikhihkhik

Lembah Lenggong
Ada 4 Tapak Warisan Dunia Unesco di Malaysia....
bukan senang nak dapatnya kome....

Lembah Lenggong

Lembah Lenggong
Antara wajah2 dan pemain utama sehingga Lembah Lenggong mendapat pengiktirafan Tapak Warisan UNESCO.....
Lembah Lenggong

Lembah Lenggong
Orang yang bertanggungjawab menjumpai PerakMan ...
Prof Dr Zuraina Majid....
kini Pesuruhjaya Warisan......
daghi seoghang Prof di USM......

Lembah Lenggong
Pengiktirafan yang diterima....
membuatkan Lembah Lenggong setaraf dengan kawasan lain di dunia yang mendapat pengiktirafan ini...
hebat Lenggong ni kome....

Animation Theme Park?


Kalo kome lalu Lebuhraya Utara Selatan area Jelapang.....
selepas je tol Ipoh Utara tu......
yang nak ke Utara ...kome tengok sebelah kanan kome...
yang nak ke Selatan....kome toleh sebelah kiri kome.....
kome akan nampak satu kawasan luas yang kosong.....
di situ le nanti akan dibuat projek mega Animation Theme Park....
atopon akan dikenali sebagai Movie Animation Park Studio (MAPS)............

haaaa.... lepas ni udah tak payah nak ke Universal Studio Singapore dah...
kat Perak pun akan ada dah benda camni ...
projek ni merupakan kerjasama diantara Sanderson Group (yang buat USS tu le)...
dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)...

Insyallah Ahad ni (23/03/2014)... akan diadakan majlis pecah tanah projek Mega ni ....
yang akan diadakan berdekatan dengan Casuarina@Meru Hotel....
oleh Ybhg Menteri Besar Perak....

uissshhh tak sabo awok nunggu nye siap tempat ni....


Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar....
merupakan galeri yang mempamerkan koleksi Tuanku selama ini....
galeri ini dibahagikan kepada 2 seksyen....
disebelah kiri merupakan barangan koleksi tuanku yang bersaiz kecil..
sementara galeri di sebelah kanan merupakan barangan koleksi tuanku yang bersaiz besar seperti kereta...

Mudah nak kesini...
pada yang berada di lebuhraya PLUS...
kome susur keluo ke Kuala Kangsar....
dan perhatikan papan tanda menuju ke Bandar Kuala Kangsar...

senang cerita ...
keluo je dari highway tu...... kome ambik ke kanan...
dan terus jeeee....... sampai di roundbout tengah2 Bandar Kuala Kangsar...
pun kome terus je......
kome dalam perjalanan ke Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar...
kome perhatikan disebelah kanan kome....
Insyallah akan jumpa.....

Dibawah ini awok sertakan caption yang awok dapat dari website Majlis Perbandaran Kuala Kangsar...













Map data ©2014 Google, MapIT
Map
Satellite

:
Galeri Sultan Azlan Shah : Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Telefon : 05 - 777 5362
Faks : 05-777 4957
Email : gsas@perak.gov.my
website : http://gsas.perak.gov.my (lupa kan le niat kome.... laman web deme tengah naiktaraf).

"Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak"

Sementara gambo2 dibawah adalah koleksi peribadi awok semasa membawa pelancong dari luo ke Kuala Kangsar sebelum ini...
dan yang tak semapt awok nak up kan entri nye sebelum ni.....
awok kumpoikan sekali......
Beso tempat ni kome....


Kalo kome ada le Labu Sayong beso ni...
takde masalah catuan air kat tempat kome...
ye le... kome udah nyimpan air siap2......

Masa ni awok membawa rombongan keretapi E & O yang singgah di Kuala Kangsar....
golongan ekspatriat yang kebanyaknya bermastautin di Singapura  dan Hong Kong.....

Antara koleksi tuanku yang disini.....
di galeri yang ni awok berani le tangkap gambo...
kalo di galeri yang satu lagi tu...
awok tak berani...... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss