Tim Perak 2011


Pade yang ngikot (mengikut) blog awok ni....
deme tau yang awok ni penyokong tegar pasukan Perak.....
walopon mungkin tak sehadkor penyokong lain....
tapi awok masih bangge menyokong Perak walopon mase Perak tengah teghuk (teruk)....

tapi takpe...kite tinggei (tinggal) dulu ceghite (cerita) lame...
kite nak ceghite (cerita) tim Perak 2011 ni.....
tak banyak ceghite (ceritanya).....
kome tengok je le butir2 tim Perak 2011 kat bawah ni....

Pengurus : Khairul Azwan Datuk Harun
Penolong Pengurus : Ahmad Shahrul Azhar (AAH) Ex-Kapten Perak sebelom ni...
Isham Shahrudin (Ex-Player Perak)
Jurulatih : Norizan Bakar
Penolong Jurulatih : Chong Yee Fatt (Bekas Coach Piala Presiden Perak)
Penolong Jurulatih (Penjaga Gol) : Talib Saidi (Pernah Bersama Perak Sebelum ni...last season dengan Tim Piala Presiden Perak, sebelum tu dengan Kuala Muda NAZA)
Phisio: Zainuddin Zakaria (Pernah Bersama Perak Sebelum ni... last season dengan Selangor)

Senarai Pemain Perak 2011
Penjaga Gol
*Nasril Nourdin (ATM) - Baru (25)
Kamarul Effendi Abdul Rahim (21)
Khairul Amri Salehuddin (1)

Pertahanan
K.Nanthakumar (17)
* Mohd Khairi Zainuddin (PKNS) - Baru (3)
* Chan Wing Hoong (ATM) - Baru (2)
Mohd Arif Ismail (5)
Mohd Syazwan Mohd Roslan (6)
*Mohd Syahman Zainuddin (Kuala Muda NAZA) - Baru (4)
Azmeer Yusof (15)
* Mohd Norhazrul Mohd Mustafa (Perlis) - Baru (19)
Mohamad Hisyamuddin Mohamed Shaari (24)
Nurul Nashriq Kamaruddin (27)

Pemain Tengah
* Shahrulnizam Mustapha (Kedah) - Baru (8)
* Harizul Izuan Abdul Rani (T-Team) - Baru (20)
* Mohd Nor Hazrul Mustapha (Perlis) - Baru
* Wan Hossein Wan Abdul Ghani (Penang) - Baru (13)
Isma Alif Mohd Salim (22)
Muhammad Nazri Mohd Kamal (10)
Muhammad Nurridzuan Abu Hassan (26)
Mohamad Nashir Basharudin (28)
Mohamad Khalis Ibrahim (29)
*Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie (Harimau Muda) - Baru (11)
*Mohd Fazrul Hazli Mohd Khadri (KL Plus) - Baru (16)

Penyerang
*Shafiq Jamal (Kedah) - Baru (9)
*Akmal Rizal Rakhli (Kelantan) - Baru (14)
Razali Umar Kandasamy (23)
Khairul Izzat Jamaluddin (12)
Mohd Shazuan Mohd Ashraf Matthews (30)


* Peghonah (pernah) bermain dengan Perak sebelom ni...
Yang awok letak name sahaje tu maknenye Player Perak musim 2009/2010 le tu...
Kebiasaannye player yang bernombor 26 ke ateh (atas)....
deme bulih bermain dengan Tim Piala Presiden.....

Untuk menaghik (menarik) lebih ghamei (ramai) lagi penyokong ke stadium Perak....
PAFA telah memperkeneikan Pas Musim 2011 .....
regenye (harganya) RM100 untok tempat tidak berbumbong dan RM150 bag itempat dudok berbumbong........
ghupenye (rupanya) pas bermusim ni tak bermaksud le kite dapat masok pree (free) sepanjang musim....
tapi dapat potongan rege (harga) untok beli tiket jeee....cehhh

kat bawah ni awok petik artikel daghi (dari) Sinar Harian edisi Perak...

"Zainol berkata, Pafa mensasarkan kehadiran 1,000 penonton ke stadium pada setiap perlawanan dan dengan dengan kadar tiket RM4 hingga RM6 itu, harga bagi memiliki kad bermusim ini bersesuaian dan berbaloi.

“Pafa tidak menetapkan hanya pemilik kad layak menyaksikan perlawanan di stadium. Kad boleh digunakan orang lain, jika pemilik tidak dapat hadir.

“Yang penting nama-nama mereka ada dicatatkan oleh pemilik kad berkenaan ketika mendaftar,” katanya.

Menurutnya, kad berkenaan turut memiliki ciri-ciri keselamatan tersendiri bagi mengelak ianya ditiru.

Katanya, tindakan undang-undang diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan atau ditangkap jika memasuki stadium dengan menggunakan pas tiruan.

“Pafa melancarkan sejumlah 1,000 kad bermusim ini dan mereka yang ingin memilikinya, kunjungi Pejabat Pafa, mulai bulan ini atau hubungi talian 05-549 7846 atau 05-547 8812,” katanya"


ini le ghupe (rupa) pas bermusim tu kome...

Perak juge udah dapat sponsor sebijik beh (bas) untok kegunaan perjalanan Pasukan.....
senang sikit...tak payah nak menyewa lagi....
beh (bas) sponsor ni......
PAFA cume kene bayo (bayar) duit minyak dengan elaun drebar jee....
maintenance semuenye syaghikat (syarikat) yang taje buat....

ini ghupe (rupa) beh (bas) rasmi Perak FA

7 Responses to "Tim Perak 2011"

  1. Hehe. Tingat thn 2004 dulu. Kome ke stadium bukit jalil tgk perlawanan akhir. Perak lawan mana eh masa tu.
    Giler gak la sbb siap beli t-shirt perak lagi. Tehehehe.
    Tp skang team Perak udoh kendor je.. sian nengoknya. Harap thn ni ada ler perubahan. Ye dok??

    ReplyDelete
  2. kalo dalam satu sizen ade 40 game contohnya.

    40 X RM15 = 600.00

    kalo pakai pas,

    40 X RM6 : 240.00 + pas musim RM100.

    =RM260.00

    uishhh jauh laghi tu kome. tapi kalo main tak cantik, tak berbaloi le. sebab kalo main tak cantik bukan kate nak tgk kat stediyem, nak tgk kat tibi pun belum tentu.

    ReplyDelete
  3. uih.. deme sokong perak ke? baguih2.. de keje kosong ke? budak milo pun takpe..leh tgk bola free nti..

    ReplyDelete
  4. Salam Yob, bas cantik, bas cantik...tapi bior main cantik Yob!!!!

    ReplyDelete
  5. @Abu Luqman....
    kejor ...kejor jugakkk...tapi kalo tak skor tak bulih jugakkk

    @PUANSTROBERI...
    Insyallah ade peghubahan.......

    @cik Dni...
    errr...cik DNi bukan sokong NS ato Kelate ke???

    @sopi...
    itu pasei le aku tak beli tiket bermusim ni....baik ak beli tiket macam biase.....selame ni pun takde le pun dapat subsidi daghi sesape punnn

    @aibaks....
    budak milo takde kosong lagi ghasenye....tapi kalo nak jadi FRU ade kosng lagi....amacam berminat???

    @Kak Halima...
    Insyallah....tapi awok ghiso sebab ghamei kude tue dalam tim PErak 2011 niii

    ReplyDelete

Kome nak mintak tolong ..ato nak info ape2 kabo je... Insyallah awok tolong.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Popular

(Tab Widget 1)

Get this tabber widget

Kengkawan

Labels

Google+ Followers

Sembang

Awok/Teman/Aye/Saya

My Photo

Ayah kepada 3 putera & 1 puteri dan Suami kepada seorang Isteri .. ahakss